Selebriti versatil, Elly Mazlein mendedahkan hatinya terdetik untuk mula berhijab selepas terinspirasi melihat perjuangan dan pengorbanan ditunjukkan para sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke P@lestin.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi turut berharap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik agar dirinya terus kekal istiqamah.
“Pertama sekali, saya mohon semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat saya. Sudah tentu saya ingin yang terbaik buat diri sendiri.
“Berkenaan imej berhijab ini, pada saya, tiada istilah mencuba. Kadang kala, jihad seseorang itu membuatkan kita insaf terutama sekali buat rakan-rakan kita yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF),” katanya kepada MH.
Elly berkata sedemikian ketika ditemui selepas berkahir konsert akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Sabtu.
Pengorbanan Sukarelawan
Dalam pada itu, pelakon filem Gerak Khas The Movie ini turut menyifatkan mereka yang menyertai misi GSF sebagai individu hebat dan berharap agar mereka dapat kembali ke tanah air dengan selamat.
Ads
“Perjuangan mereka sangat hebat dan harus menjadi ikutan kita semua. Terima kasih buat rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang memilih untuk sentiasa bersama mereka.
“Saya harap kita sama-sama kuat dan sabar menanti apa yang bakal berlaku seterusnya. Kita doakan semoga mereka selamat sampai ke Tanah Air.
“Terima kasih kepada semua pejuang GSF diatas keberanian anda,” katanya sebak.
Sementara itu, Elly turut meluahkan rasa berang dengan tindakan segelintir pihak yang mengecam dan melontarkan komen-komen negatif buat para sukarelawan yang menyertai misi GSF.
Ads
“Di sini, saya juga ingin memohon hentikanlah kata-kata yang bukan-bukan. Usaha mereka cukup baik. Mengapa kita mesti mematahkan semangat atau mengeluarkan kata-kata yang tidak cerdik.
“Tak perlulah nak persoalkan itu dan ini. Daripada kita mempersoalkan, lebih baik doakan untuk mereka yang berjuang. Tak semua orang mampu buat apa yang mereka lakukan.
“Mereka sangat berani dan sanggup berjuang lebih-lebih lagi demi anak-anak kecil di Palestin. Walaupun agak sudah nak menembusi sekatan namun, mereka tetap mencuba.
“Kalau kita terus cakap susah, apapun tak akan jadi. Namun, mereka tetap berusaha yang terbaik,” ujarnya lagi.
Ads
Suami Gembira
Ditanya mengenai reaksi suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh bila dia memutuskan untuk berhijab, Elly memaklum suaminya itu turut tumpang gembira dengan hasrat murninya itu.
“Sudah pasti suami menjadi tempat pertama saya maklumkan mengenai hasrat ini. Dia cium dahi saya sebagai tanda bahagia dengan keputusan saya.
“Terima kasih papa,” akhirinya.
Terdahulu, penampilan Elly yang dilihat manis berhijab di Konsert Akhir Kilauan Emas 2025 nyata menarik perhatian ramai pihak.
Malah, Elly juga tidak dapat menahan sebak sewaktu membawakan lagu ‘Tuhan Jagakan Dia Untukku’ yang ditujukan khas buat para sukarelawan GSF yang kini dalam persiapan pulang ke Tanah Air selepas ditahan tentera Israel.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Musim pertama program realiti, Talk To My Manager (TTMM) menyasikan pasangan anak beranak, Liza Hanim x Marsya dinobat sebagai juara sulung dengan pungutan markah sebanyak 84.83%.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.
Tempat kedua disandang Shuib x Thalita dengan markah 75.08%, memenangi wang tunai RM15,000 beserta trofi.
Sementara Sharifah Shahirah x Audra pula di kedudukan ketikga dengan 72.92%.
Pasangan ibu dan anak ini berjaya membawa pulang hadiah berupa RM10,000 dan trofi.
Tempat keempat dan kelima pula disandang Ameng x Ammar serta Ina Naim x Hadie masing-masing dengan markah sebanyak72.17% dan 65.33%.
Dalam pada itu, Amad bersama pengurusnya, Siti Sairah berada di posisi keenam keseluruhan dengan markah sebanyak 52.17%
TTMM The Grand Finale dikendalikan oleh pengacara Datuk Aznil Hj. Nawawi, bersama barisan juri yang terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.
Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat pula diundang sebagai juri jemputan.
Berlangsung selama 8 minggu, konsert Talk To My Manager bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan Latin dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan model terkenal Argentina, Fede Dorcaz, yang dilaporkan maut selepas ditembak dalam satu kejadian rompakan bersenjata di Mexico City, pada Jumaat lalu.
Menurut laporan media antarabangsa, penyanyi berusia 29 tahun itu ditembak di bahagian leher ketika sedang memandu pulang selepas menghadiri sesi latihan untuk program tarian popular Las Estrellas Bailan En Hoy. Mangsa difahamkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum sempat menerima rawatan.
Siasatan awal pihak berkuasa Mexico mendapati kejadian berlaku apabila Dorcaz dipercayai diserang oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata yang menaiki dua buah motosikal. Suspek dikatakan cuba merampas kenderaannya sebelum melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian kini sedang diperiksa oleh polis bagi mengenal pasti identiti penyerang, namun sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dibuat. Kes disiasat sebagai pembunuhan bersenjata dan rompakan terancang.
Fede Dorcaz, yang nama sebenarnya Federico Dorcaz, mula dikenali di Argentina sebagai penyanyi pop dan model fesyen yang aktif di pentas hiburan Amerika Latin. Beliau baru-baru ini menetap di Mexico untuk mengembangkan karier seninya, termasuk penyertaannya dalam rancangan realiti berprofil tinggi terbitan Televisa itu.
Berita kematian tragis Dorcaz turut mengundang kesedihan dalam kalangan rakan artis dan peminat di seluruh rantau. Produksi Las Estrellas Bailan En Hoy menerusi satu kenyataan rasmi di media sosial menzahirkan rasa dukacita dan menganggap pemergian Dorcaz sebagai satu kehilangan besar kepada industri hiburan.
“Fede meninggalkan kekosongan besar dalam pasukan kami. Ingatan dan semangatnya akan terus memberi inspirasi kepada kita selama-lamanya,” petik kenyataan rasmi produksi tersebut.
Setakat ini, pihak keluarga Dorcaz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan meminta agar privasi mereka dihormati. Mayat beliau kini berada di Mexico City menunggu proses penghantaran pulang ke Argentina untuk urusan pengebumian.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia ratu cantik Amerika Syarikat mencatat sejarah baharu apabila MonaLesa Diamond Brackett diumumkan sebagai Miss New Hampshire USA 2025, sekali gus bakal menjadi peserta berhijab pertama yang bertanding di pentas nasional Miss USA.
Berusia 36 tahun, Brackett sebelum ini mencuri perhatian apabila berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Miss New York USA 2025, menjadikannya wanita berhijab pertama yang layak ke kedudukan lima terbaik dalam pertandingan peringkat negeri di Amerika Syarikat.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Brackett meluahkan rasa syukur apabila had umur yang sebelum ini mengehadkan penyertaan telah dimansuhkan oleh organisasi Miss USA dan Miss Universe, membolehkan beliau kembali bersaing di pentas kecantikan.
“Masih terasa seperti mimpi apabila had umur dihapuskan, membolehkan saya bertanding di Miss New York USA 2025 bulan lalu. Saya masih terkejut kerana pada usia 36 tahun, saya berjaya menempatkan diri di tempat ketiga, mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama berada dalam kedudukan lima teratas di peringkat negeri,” katanya.
Brackett turut menjelaskan bagaimana peluang baharu terbuka sebagai salah seorang finalis Miss USA 2025 apabila beberapa negeri gagal menganjurkan pertandingan tahun ini, lalu membolehkan beliau menerima tawaran mewakili New Hampshire, negeri bersebelahan tempat tinggalnya.
“Saya memilih New Hampshire kerana warna merah pada bulu burung rasmi negeri itu, Purple Finch, mengingatkan saya kepada arwah ibu saya yang sangat menyukai warna merah,” ujarnya penuh emosi.
Kini bergelar Miss New Hampshire USA 2025, Brackett bakal melangkah ke pentas Miss USA tidak lama lagi, membawa mesej inklusiviti dan keberanian wanita Muslim berhijab di tengah industri yang selama ini didominasi imej kecantikan konvensional.
“Insya-Allah, saya akan menjadi wanita berhijab pertama yang berdiri di pentas nasional Miss USA. Walaupun tempoh persiapan agak singkat, saya teruja untuk kembali membentuk pasukan impian saya,” tambahnya.
Langkah Brackett ini dilihat sebagai satu titik perubahan dalam dunia ratu cantik antarabangsa, hampir sedekad selepas Halima Aden mencipta sejarah pada tahun 2016 sebagai peserta berhijab pertama di pertandingan Miss Minnesota USA.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.