Siapa kata filem melayu tak bagus? Korang dah tengok filem Jibam? Filem yang sangat menyentuh hati.

Tak perlu dialog dan set berjuta-juta, makan restoran mewah ataupun hero yang kacak. Cukup dengan watak utamanya, Jibam yang sememangnya hidup!

Kalau korang kenal dengan watak Buntat atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Abdullah dalam drama 7 hari mencintaimu, pasti akan mengenali figura kanak-kanak ini.

Untuk pengetahuan semua, filem ini merupakan adaptasi daripada novel lagenda kartunis, Ujang atau Ibrahim Anon yang pernah popular sekitar tahun 80an dan 90an.

IKLAN

Malangnya, meskipun filem berkenaan mendapat pujian ramai pemerhati filem, namun ianya gagal mendapat sambutan orang ramai

Ujang dalam catatan di Facebooknya beberapa hari yang lalu memberitahu tayangan wajib filem JIBAM akan ditamatkan oleh pihak pawagam dalam tempoh dua hari lagi walaupun ia baru bermula pada 7 Disember lalu.

“Dua hari lagi filem JIBAM akan di hentikan tayangan dari pawagam seluruh Malaysia.Kerajaan ‘zimbabwe’ tak dapat nak tolong. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tak dapat nak tolong.

 

 

“Kami hanya memohon bantuan Allah agar mesej-mesej Jibam ini dapat di sampaikan pada khalayak ramai,” tulisnya di laman tersebut.

Paling menyedihkan apabila Ujang sendiri berkata sepanjang roadtour hanya 13 orang yang menonton drama tersebut.

IKLAN

“Sepanjang roadtour….paling menyodihkan di seremban 2….hanyo ado 13 orang penonton.yang 3 orang tu termasuk den,” kata Ujang lagi. 

Bagi MH, karya Ujang tidak asing lagi dengan khususnya rakyat Malaysia .

IKLAN

Malah, novel Jibam merupakan bahan bacaan utama masyarakat negara ini sekitar tahun 1980-1990.

Jom korang sama-sama tonton filem ni.#JIBAM #JIBAM2017

Ni MH kongsikan trailer untuk korang, baru tengok trailer pun dah mengalir air mata, tak kering gusi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI