Kerinduan peminat negara ini kepada penyanyi popular Indonesia, Afgan terubat apabila bintang berkenaan tampil mengadakan konsert istimewanya, Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur 2022 di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Terdahulu, Afgan turut melakukan sesi sidang media dan bertemu dengan peminat sebelum membuat persembahan.
Ramai yang teruja dan memberikan sokongan, termasuk pelakon Intan Najuwa yang turut berkesempatan merakam memori bersama penyanyi berkenaan.
Sambil menulis kapsyen ringkas, Intan memuat naik video pendek sesi gambar kenangan bersama Afgan yang mencuri perhatian peminat.
Pelakon Jasmine Suraya memilih untuk terus fokus kepada hal yang lebih penting dalam hidup berbanding terlalu memikirkan mengenai kisah hangat melibat dirinya di media sosial.
Jasmine Suraya Chin, 33, bagaimanapun mengakui ada ketika komen yang dilontarkan segelintir netizen agak keterlaluan.
“Bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh disekat apabila ia melibatkan media sosial. Akan tetapi saya tidak nafikan ada ketika rasa kurang selesa bila sesetengah perkara yang saya lakukan itu menerima kritikan.
“Malah kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah ia menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Akan tetapi saya rasa ramai yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya kepada MH.
Jasmine berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Jasmine yang sebelum ini mencuri tumpuan susulan keberadaannya di majlis ilmu anjuran Neelofa menjelaskan dia juga ada mengikuti kelas tahfiz.
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan bagi saya ia suatu perjalanan yang indah jujurnya. Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa, saya menyukainya kerana ia jadi pegangan hidup.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma kalau boleh tak mahu ulas tentang perkara sebab ia peribadi. Kalau boleh tak nak orang asyik bertanya itu ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apa pun bersyukur kerana saya juga ada ikuti sesi bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’. Ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan.
“Cuma pada awalnya saya rasa malu kerana sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang turut tumpang gembira atas kemenangan karyawan yang bertanding di FFM kali ini.
Terdahulu, Jasmine pernah tersenarai sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi persembahannya di dalam filem PASKAL The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Oktovia Manrose yang telah pun selamat bersalin cahaya mata perempuan pada 6 Disember lalu kira-kita jam 8.40 malam.
Memaklumkan berita gembira itu menerusi Instagram pada Rabu, Oktovia di dalam hantaran sama turut syukur gembira apabila sekali lagi diberi peluang melahirkan zuriat selepas 11 tahun.
“Anugerah terindah amanah dari Allah. Hadiah termahal buat saya dan suami.
“Alhamdulillah saya selamat melahirkan permaisuri hati saya pada 6 Disember 22 jam 20.40 malam.
“Rahsia Allah dan perancanganNya adalah yang terbaik. Sangat tidak sangka, selepas 11 tahun Allah hadiahkan lagi zuriat untuk dijaga dan dididik sebaiknya.
“Alhamdulillah kami dah ada sepasang,” tulisnya menerusi kapsyen pada video yang merakamkan dirinya yang sedang memangku bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Dalam pada itu, Oktovia turut menitipkan doa yang terbaik selain memberikan dedikasi buat suami tersayang.
“Tidak ada keuntungan dunia apalagi akhirat dengan menggadaikan diri kepada hal yang bersifatkan dunia. Tidak ada keuntungan bagi orang tuanya bagi memiliki anak jika tidak taat pada aturan Allah.
“Didik ikut syarat Allah ikut jalan Rasullullah, bukan mengikut hawa nafsu. Anak amanah Allah. Penentu syurga dan neraka.
“To my love, @khairulefsan Thank you for being my partner, and a father to my daughter. You are special to me everyday. You are my strength.
“May we always walk on the same route of life holding the hand! Aamiin. I will always love you with all my heart. Happy 1st year of our relation!,” kongsinya lagi.
Imbas kembali, Oktovia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izat Abd Rahman pada 2011, namun bercerai pada 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 11 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli gusti profesional negara, Ayez Shaukat Fonseka akui perasaannya agak bercampur baur menjelang pertarungannya bersama lagenda World Wrestling Entertainment (WWE), Tajiri di APAC Wrestling Premium Live Event, Rise yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.
Menurut Shaukat, dia sememangnya menghormati Tajiri yang sudah pun berkecimpung di dalam sukan ini sejak lebih dua dekad yang lalu.
“Empat tahun yang lalu, saya dah pernah bertarung dengan Tajiri. Tanpa disangkal lagi, Tajiri merupakan salah seorang penggusti kelas cruiserweight terbaik di dunia.
“Dia adalah bekas juara cruiserweight WWE dan bekas juara light heavyweight WWE. Dia merupakan lagenda di kelas yang tersendiri. Pada saya, perlawanan ini bakal menjadi cabaran terbesar buat saya.
“Kami dah pernah bertarung. Saya pernah merasa tendangan dan serangannya, jujur saya katakan, ia bukan sesuatu seronok untuk saya hadapi,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Shaukat yang mempunyai pengalaman bertarung di Amerika Syarikat tetap optimis untuk memberikan segala yang termampu untuk menewaskan Tajiri.
“Kalau anda melihat saya ketika di luar, memang saya nampak seperti orang yang baik dan merendah diri tetapi bila dah masuk gelanggang, saya akan berikan 200 peratus untuk menewaskan Tajiri,” kongsinya lagi.
Shaukat berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media RISE yang berlangsung di Hotel Park Royal Collection, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sementara itu, Tajiri yang juga merupakan ahli gusti kelahiran Jepun itu turut sempat berseloroh dengan mengatakan pujian Shaukat itu sangat tinggi buat dirinya.
“Saya memang merupakan juara Cruiserweight WWE tapi itu kisah 20 tahun yang lalu. Sekarang saya dah tua. Jadi Shaukat, jangan terlalu bersungguh sangat esok,” katanya.
Dalam pada itu, Shaukat memaklumkan dirinya akan menggunakan segala pengalaman yang telah diperoleh di luar negara untuk menghiburkan para penonton yang hadir.
“Sebagai seorang penghibur dan ahli gusti profesional, misi utama kami adalah untuk bermain dengan emosi penonton. Kita nak buat mereka rasa seronok, sedih dan takut.
“Saya risau sekiranya kami sudah di atas gelanggang nanti, kami tak dapat nak keluarkan emosi penonton. Sama seperti persembahan komedi. Kalau tak kelakar orang tak gelak.
“Namun, saya yakin dengan kebolehan saya dan ahli-ahli gusti yang lain. Kami dah lama berlatih. Pengalaman saya bergusti di luar negara juga akan saya guna pakai,” akhirinya.
Selain perlawanan Shaukat dan Tajiri, RISE juga akan menampil perlawan-perlawanan lain yang turut melibatkan penggusti negara iaitu Pheonix Diana yang akan mementang Yuki Kamifuku bagi merebut gelaran sulung APAC Women Wrestling Champions.
RISE bakal berlangsung selama dua hari di SPACERUBIX, Puchong dan tiket boleh didapati menerusi lawan web ticketcharge.com
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...