Ads

Jep Sepahtu Umum Undur Diri Dari Konti Radio… “Jumaat Terakhir Aku Di Sini.”

Selepas berkhidmat selama 10 tahun, pelawak dan penyampai radio popular, Jep Sepahtu mengumumkan dia bakal mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar FM.

Perkara itu dikongsikan Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin menerusi hantaran terkini di Instagram pada pagi Jumaat.

Jelas Jep, stesen radio berkenaan memainkan peranan yang sangat besar dalam perjalanannya sepanjang bergelar anak seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

“Hari Jumaat terakhir aku di sini. Alhamdulillah izin Allah 10 tahun tumpang cari rezeki kat sini.

“Dari bujang, kahwin, sampailah dah ada nak. Terima kasih Sinar FM untuk jasa yang tak terbalas,” tulisnya.

Ucapan Penghargaan Buat Pengurusan Sinar FM

Dalam masa sama, Jep yang terkenal menerusi siri Sepahtu Reunion Live itu turut merakamkan ucapan penghargaan buat Pengurus Sinar FM, Shidah Khasim yang membuka ruang buat dirinya melangkah dalam bidang penyiaran radio.

Ads

Jep Sepahtu Umum Undur Diri Dari Konti Radio… “Jumaat Terakhir Aku Di Sini.”

“Ini ex boss aku, aku anggap dia mcm kakak aku sendiri sebab hormat aku lebih tinggi dari jawatan dia.

“Terima kasih Shidah Khasim ntuk segala kebaikan kau buat aku. Sampai jumpa lagi,” kongsinya lagi.

Peminat Luah Rasa Sedih, Doakan Kejayaan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga Jep terus berjaya selepas ini.

Ads

Berikut antara komen-komen netizen;

“Selamat maju jaya. Semoga terserempak di mana-mana. InshaAllah.”

“Semoga dipermudahkan segala urusan Abang.”

“Perancangan Allah itu lagi baik. Semopa dipermudahkan segala urusan Jep selepas ini.

Ads

“Dekat dalam kereta ini, ada satu radio sahaja iaitu 96.7 fm. Dengar sebab Jep. Radio apa kami nak dengar selepas ini?”

“Dari 2016 layan Sinar sebab Jep. Bertukar pasangan pun masih layan. Semoga terus maju jaya.”

Jep Sepahtu Umum Undur Diri Dari Konti Radio… “Jumaat Terakhir Aku Di Sini.”

Sekadar informasi, Jep memulakan kerjaya sebagai penyampai radio untuk segmen pagi di Sinar FM pada November 2015.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Anak Keempat Rizal Armada Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Vokalis kumpulan Armada, Rizal Armada atau nama sebenarnya Tsandy Rizal Adi Pradana, berkongsi khabar duka apabila anak keempatnya dilaporkan meninggal dunia di dalam kandungan...
error: Hello. Cannot.