“Jenis Tak Puas Hati Kalau Tak Letak Sabun,”- Syafiqah Aaina Resah Kulit Anak Timbul Ruam,Kini Lebih Berhati-Hati

Share

Bintang media sosial, Syafiqah Aaina sedikit kesal apabila menggunakan sabun dan syampu ketika memandikan anaknya,Raisya Arissa,2 bulan.

Akibat dari penggunaan bahan tersebut, kulit bayi comel itu kelihatan timbulnya ruam dan menjadi kemerah-merahan.

“Ni jugak skin Raisya masa Mommy dalam pantang. Silapnya sbb Mommy & Daddy jenis tak puas hati kalau tak letak sabun & shampoo pada Raisya last last jadi macam ni

“Tips untuk new Mommies, elakkan pakai any sabun, shampoo or oil pada skin baby.

“Sebab skin baby sangat nipis & sensitive lepas lahir. Jadi kalau boleh elakkan letak anything pada skin. No worries, peluh baby tak buat badan diorang berbau macam Mommy & Daddy pun

🤪

“Nanti baby dah besar sikit dah masuk 2months ke baru try pakaikan sabun. But still kena try & error. Sometimes skin baby tak sesuai dengan certain brand. Jadi kena try dulu tengok okay ke tidak.

“But still, depends on baby juga if mandikan pakai sabun & shampoo tkada masalah, then teruskan je. Ok Mommies?,” tulis Syafiqah yang merupakan usahawan produk kecantikan.

Menerusi ruangan komen,rata-rata netizen telah memberikan pendapat masing-masing.

Terdahulu, Hafiz dan Syafiqah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung,Raisya Arissa 24 Jun lalu.

Foto: Instagram Syafiqah Aaina

IKLAN