Jenazah Rohana Jalil Tiba Untuk Disembahyangkan, Kilafairy Tenang

Share

Suasana pilu menyelubungi Masjid Al-Falah, USJ9, di sini apabila jenazah Allahyarham Rohana Jalil kira-kita jam 10.40 pagi tadi.

Ahli keluarga dan rakan terdekat turut mengiringi jenazah yang akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya 

selepas solat Zuhur.

Anak Allahyarham, Syakila Nisha atau Kilafairy, 31, memohon orang ramai mendoakan arwah ibunya.

“Mohon doakan arwah mama. Terima kasih rakan media yang hadir,” ujarnya ringkas dalam nada tenang

Antara rakan artis yang turut mengiringi jenazah ialah ialah Azizul Khamis, Izara Aishah, Tya Arifin dan Azian Mazwan Safuan.

Terdahulu, Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN