Dikenali sebagai antara label tas tangan wanita termahal, Hermes Birkin kekal menjadi jenama ikonik yang menjadi idaman ramai wanita.

Pembuatannya yang teliti dan halus memberikan jenama ini sebagai antara jenama yang penuh prestij dan berbeza daripada tas tangan yang lainnya.

Jadi tidak hairanlah sekiranya harga seunit tas tangan berkenaan yang boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit!

Namanya sendiri diasaskan secara tidak sengaja. Sekitar awal 80-an lalu, penyanyi dan pelakon yang juga dikenali sebagai ikon fesyen, Jane Birkin secara kebetulan duduk bersebelahan dengan CEO jenama berkenaan, Jean Louis Dumas di dalam sebuah pesawat dalam perjalanan dari Paris menuju London. Tidak semana-mana, tas tangan yang dikenakan Birkin terjatuh lalu menyebabkan barangan di dalam begnya itu bersepah keluar.

[GAMBAR] Jenama Beg Paling Trending Ketika Ini, Nah Kami Senaraikan 10 Trivia Mengenai Birkin Hermes!

Lalu, Dumas menyatakan selebriti asal London itu perlu memiliki beg yang lebih besar, praktikal yang boleh memuatkan sebuah barang peribadinya. Mereka dikatakan telah melakar rekaan beg berkenaan di atas beg plastik (sick-bag) yang disediakan di dalam pesawat. Nah, hingga sekarang ia kekal menjadi antara beg paling eksklusif dan termahal!

Atas nama dan sokongan Jane terhadap Birkin, pasti ramai yang menyangka dia menerima royalti yang besar selain mendapat hadiah menerusi setiap Hermes Birkin yang dihasilkan. Bagaimanapun, difahamkan bintang berkenaan hanya memiliki kurang dari lima buah beg jenama tersebut kerana lebih selesa untuk mengenakannya sehingga ia benar-benar rosak sebelum pakai beg tangan baru.

[GAMBAR] Jenama Beg Paling Trending Ketika Ini, Nah Kami Senaraikan 10 Trivia Mengenai Birkin Hermes!

IKLAN

Malah dilaporkan juga, ada diantara royalti yang diberikan terhadap Jane, akan disalurkan kepada badan-badan amal yang terpilih.

Sesuai dengan nilai, sebuah beg Birkin juga dikatakan memerlukan 48 jam untuk disiapkan dan lebih seminggu untuk dihasilkan secara sepenuhnya. Setiap satu beg pula hanya mempunyai seorang tukang yang menghasilkannya.

[GAMBAR] Jenama Beg Paling Trending Ketika Ini, Nah Kami Senaraikan 10 Trivia Mengenai Birkin Hermes!

Pengeluarannya juga sukar untuk diramal, sukar untuk diperolehi dan memerlukan pesanan awal untuk menempah.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa selain Birkin, Hermes turut mengeluarkan koleksi yang hampir sama rekaannya iaitu Kelly Hermes yang mempunyai hanya satu pemegang.

IKLAN

[GAMBAR] Jenama Beg Paling Trending Ketika Ini, Nah Kami Senaraikan 10 Trivia Mengenai Birkin Hermes!

Atas populariti yang kemasyurannya juga, Birkin turut dipaparkan menerusi beberapa siri televisyen popular dunia seperti Gilmore Girls, Will and Grace dan Sex and The City menerusi episod Coulda, Woulda, Shoulda (musim keempat).

Para kenamaan dan bintang terkenal turut sinonim mengenakan beg jenama ini. Khabarnya, bekas anggota Spice Girls yang kini bergelar pereka fesyen, Victoria Beckham dikatakan mempunyai lebih 100 tas tangan tersebut. Kelasnya!

[GAMBAR] Jenama Beg Paling Trending Ketika Ini, Nah Kami Senaraikan 10 Trivia Mengenai Birkin Hermes!

IKLAN

Melihat kepada material dan bentuknya, pasti yang sangka beg tersebut agak berat untuk dibawa kemana-mana. Bagaimanapun, difahamkan andai ia kosong tanpa apa-apa barangan di dalam, Birkin Hermes hanyalah mempunyai berat sekitar 2 pounds sahaja.

[GAMBAR] Jenama Beg Paling Trending Ketika Ini, Nah Kami Senaraikan 10 Trivia Mengenai Birkin Hermes!

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI