Menyifatkan tiada apa yang menarik untuk dikongsikan mengenai hubungannya dengan aktor, Aidil Aziz kerana masing-masing lebih selesa untuk bergelar sahabat baik sahaja pada fasa sekarang, Fasha bagaimanapun mengakui sudah pun berjumpa dengan keluarga lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, pelakon filem Badang ini menafikan ada sebarang perbincangan mengenai perkahwinan.

Pada masa sama, aktres berusia 34 tahun ini tidak menolak, dia kini senang berkawan dengan pelakon tersebut kerana selain memahami dirinya, Aidil juga cukup rapat dengan kedua-dua anaknya, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun.

“Seperti yang saya selalu sebut, hubungan kami baik sebagai kawan. Malah, Aidil rapat dengan anak-anak saya. Mereka selesa dengan Aidil. Lebih-lebih lagi anak perempuan saya, Jemaima sukar mesra dengan orang lain, terutamanya lelaki. Tetapi, apabila dia dengan Aidil, katanya kepada MH.

Terdahulu, Fasha ditemui media sejurus selasai majlis pelancaran jenama baru keluargan Aurawihite, iaitu Aurawhite Toothpaste di Meet & Dine, Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu.

IKLAN

Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Fasha turut menjelaskan ia mungkin kerana sikap dan personaliti Aidil sendiri yang mudah mesra dengan kanak-kanak.

IKLAN

“Mungkin dia rapat dengan anak-anak saya kerana dia mempunyai aura yang disukai kanak-kanak. Aidil juga mesra dengan anak-anak saudaranya juga,” terang Fasha lagi.

Sementara itu, Fasha yang kini bergelar duta produk ubat gigi berkenaan juga pada masa sama menjelaskan, dia bersikap cerewet sebelum bersetuju dengan lamaran yang diberikan pihak Aurawhite.

IKLAN

“Apabila mereka mahu melamar saya menjadi ikon, saya mahu mencuba keberkesanan produk tersebut terlebih dahulu. Lebih kurang sebulan lebih juga saya pakai sebab sebelum ini, jujur saya beritahu saya memang menggunakan ubat gigi label antarabangsa. 

 

“Bagaimanapun, selepas mencubanya, saya selesa dan Alhamdulillah, terjalinlah kerjasama antara saya dengan jenama ubat gigi ini,” akhiri Fasha kepada MH.

Ikuti perkongsian Fasha menerusi FB Live MH.

Fasha secara jujur berkongsi mengenai perasaan ketika ini bersama media

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 8 August 2018

Foto: Instagram Fasha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI