Jelak Di Hina Gemuk! Melly Goeslow ‘Persetankan’ Cacian, Akhirnya 23kg Lemak Sold Out!

Share


Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.

Melly telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setelah menjalani pembedahan Bariatrik.

Turun 23 Kilogram Dalam Masa 4 Bulan

 

Menurut Melly pembedahan tersebut dilakukannya di Rumah Sakit Pondok Indah. Untuk mencegah obesiti dan mendapatkan tubuh badan ideal yang lebih sihat.

Kini, berat badan Melly berjaya dikurangkan sehingga 23 kilogram dalam jangkamasa empat bulan.

Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.

“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.

Penat Dan Susah Untuk Diet

Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.

“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.

Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Melly Goeslow

 

IKLAN