Jejak Kaki Di Tanah Suci Tanpa Suami, “Gonna Miss You,”- Isteri Amy Search

Share

Dijemput sebagai tetamu Allah pada akhir November ini, isteri kepada penyanyi rock Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau sinonim dengan gelaran Qasander telah selamat tiba di  Madina Al- Munawarah siang tadi. 

Meski tanpa kehadiran suami disisi, namun Qasander bersyukur kerana dirinya dapat ke Tanah Suci.

Allah makes the impossible possible ..

Alhamdullilah dgn IzinNya dan Izin Suamiku @aku.amysearch thank you sayang 💕 wish you were here,” tulisnya.

Malah, wanita itu turut berkongsi suasana sekitar di Tanah Suci. 

Sementara itu, Amy turut mendoakan agar urusan isteri dan rakan-rakannya dipermudahkan. 

“Daddy doakan Moga Allah permudhkan segala urusan. Salam buat Rasul ku. Love u n will be missing all of u,” titipnya.

Untuk rekod, Amy dan Qasander ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14 dan Qaqa At-Tameemi, 10. 

 Foto : Instagram Qasander

 

IKLAN