Selepas mengeluarkan notis tuntutan permohonan maaf atau letter of demand (LOD) pada 19 Disember lalu, pelakon, Jay Iswazir memaklumkan dirinya masih membuka ruang untuk berbincang dan mencari jalan pendamaian dengan bekas isterinya Azzahra Ahmad.
Menurut Jay, kes ini masih lagi diuruskan oleh pihak peguam.
“Alhamdulillah, pihak Azzahra ada membalas semula LOD. Apa yang boleh saya kongsikan, kami masih di dalam proses berbincang untuk mendapatkan pendamaian.
“Yang kedua, saya nak membersihkan apa yang dikeruh sebelum ini. Selebihnya, saya enggan memberikan komen. Saya tidak mahu berlaku salah faham.
“Apabila saya serahkan perkara ini kepada pihak peguam, biarlah mereka uruskan,” katanya kepada MH.
Jay berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pelancaran lagu runut bunyi bagi filem Dajal yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya pada Rabu.
Jay Iswazir Enggan Pentingkan Diri Sendiri
Bagaimanapun, Jay tetap mahu Azzahra membuat permohonan maaf bagi membersihkan namanya.
Ads
“Saya tidak akan mendesak walaupun saya mahu membersihkan nama saya. Pada saya, isu ini berlaku disebabkan salah faham dan emosi. Jadi, hal ini tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.
“Saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Apapun, saya tetap mahukan permohonan maaf tersebut. Namun, saya tidak memaksa.
“Cukuplah sekadar saya memberitahu perkara ini. Sekiranya berlaku lagi, tengoklah nanti tindakannya bagai mana. Seperti yang saya katakan, saya mencari ketenangan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Jay turut memaklumkan dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih untuk berdiam diri selama ini.
Ads
“Selama ini, saya berdiam diri kerana saya berpegang bahawa isu ini sangat sensitif. Apa sahaja yang orang fikir dan katakan, pada saya itu hanyalah tindak balas selepas apa yang berlaku.
“Saya berdiam kerana ingin mendapatkan ketenangan untuk berfikir tentang apa yang berlaku dan seharusnya yang saya lakukan.
“Kepada orang-orang di luar sana, saya mengharapkan anda mendoakan yang terbaik,” katanya lagi.
Meskipun namanya terpalit kontroversi, Jay tetap melihat perkara ini dari sudut positif.
“Sebagai manusia, saya ada rasa terkilan. Tapi, Alhamdulillah, saya dikelilingi orang yang menyuruh saya melihat secara positif. Bagi saya, segala yang berlaku ini adalah kebesaran Allah.
Ads
“Apabila saya sedar, kita semua banyak kesalahan dan apabila saya melalui ujian ini, daripada saya menyalahkan orang, saya menilai kembali apa yang berlaku. Itu sahajalah,” akhirinya.
Terdahulu, Azzahra diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktor berusia 42 tahun itu bermula tarikh notis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.
Sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi.
Difahamkan, notis tersebut dikeluarkan berhubung kenyataan dibuat Azzahra baru-baru ini mendakwa aktor itu telah mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.
Selain itu, Azzahra juga mendakwa Jay culas dalam membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.
Sekadar info, Jay dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan mengumumkan perceraian mereka pada 30 November lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru tari popular, Linda Jasmine Hashim, menjelaskan bahawa kehidupannya ketika ini tidak banyak berubah meski sudah pun berpisah dengan bekas suami yang juga aktor Que Haidar, 46.
Linda, 52, bagaimanapun menambah hubungannya dengan Que tetap berjalan dengan baik demi kepentingan anak-anak, meskipun mereka kini menjalani kehidupan masing-masing.
“Sebelum saya kahwin dengan Que, saya sudah biasa seorang dan semuanya (urus anak) saya buat sendiri. Jadi, sebenarnya tak ada beza, sama saja (selepas perceraian).
“Hubungan saya dengan dia (Que) juga okay, tiada masalah. Kami berpisah (cerai) secara baik, Alhamdulillah.
“Memang kami okay, tiada masalah. Tak ada gementar ke apa. Tak ada,” katanya ketika ditemui Malam Penghargaan Nona Superwoman Awards 2024, pada Rabu.
Mengulas penerimaan baik wargamaya terhadap perceraian itu kerana tidak diuar-uarkan di media sosial, Linda berkata, dia dan Que memang sepakat dengan pendirian tidak perlu berkongsi hal berkaitan peribadi.
Linda pada masa sama mengakui dia dan Que masing-masing memilih untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah rumah tangga di media sosial dan menerima reaksi baik warganet.
“Memang saya cuba elak ‘as much as possible’ daripada apa-apa khabar dan isu (di media sosial). Sebab bagi saya, ini isu peribadi (hal rumahtangga) dan buat apa saya nak kongsikannya dengan semua orang.
“Jadi, saya rasa tak perlu kot. Tak perlu, tak perlu (buat sebarang perkongsian hal rumahtangga). Saya juga tak nak macam kecoh-kecoh yang tak sepatutnya, tak diperlukan pun,” katanya lagi.
Malah dia bersyukur apabila kisah perceraiannya dan Que tidak lama menjadi topik hangat di media sosial sekali gus dapat melalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal.
Imbas kembali pada 26 Oktober tahun lalu, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mengakui dia dan Linda sudah bercerai pada 2 Julai tahun lalu selepas 15 tahun hidup bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.
Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Sherry Ibrahim mahu memberikan sepenuh tumpuan tehadap bidang nyanyian sepanjang tahun 2025.
Menurut Sherry, dia bakal terlibat dengan beberapa buah projek single dan lagu cover yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Ketika ini, saya sudah pun mendapat tawaran untuk menerbitkan dua buah single terbaharu. Namun, segalanya masih di dalam proses perbincangan.
“Saya juga mempunyai sebuah lagu cover yang belum dilancarkan lagi bersama penyanyi, Rezza Shah yang juga salah seorang peserta One In A Million musim ke-4,” katanya kepada MH.
Sherry berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharu terbitan Viu Original, Gadis Masa, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga sudah mendapatkan nasihat daripada individu-individu berpengalaman yang merasakan dirinya sesuai untuk menyanyikan lagu berentak ‘pop jazz’.
Malah, Sherry turut memaklumkan dia bakal menyertai kelas nyanyian sebaik sahaja lagunya siap ditulis.
“Setelah saya berkenan dan menerima lagu saya nanti, saya akan berjumpa sendiri dengan komposer. Saya mahu komposer itu mendengar sendiri suara saya terlebih dahulu.
“Selepas itu, baru saya akan menjalani latihan untuk lagu tersebut. Saya akan ambil kelas vokal dan apa sahaja yang berkaitan.
“Saya memang terima banyak tawaran nyanyian tetapi kebanyakkan lagu itu tidak kena dengan jiwa. Masa saya banyak dihabiskan untuk mencari arah muzik yang sesuai.
“Jadi, saya perlu buat keputusan yang betul. Ini bukan sekadar tangkap muat. Saya juga ada tida buah projek lagu bersama syarikat rakaman, NSR,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga tidak menolak sekiranya diberikan peluang untuk bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu.
“InshaAllah, itu adalah impian saya. Namun, saya sedar yang saya bukanlah muda lagi. Saya rasa perjalanan nyanyian saya tidak akan berjalan terlalu lama.
“Apa sahaja peluang yang ada, saya akan buat yang terbaik,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan, Sherry akui dirinya sudah lali dengan perkara tersebut.
“Nyanyian ini bukanlah satu bidang yang baru saya ceburi. Kalau saya takut untuk terima kritikan, saya tidak akan masuk tiga pertandingan nyanyian.
“Cabaran di pertandingan nyanyian lebih besar berbanding merakamkan single. Ketika proses rakaman, kita boleh ubah apa yang patut.
“Kesemua pertandingan yang saya sertai memerlukan saya menyanyi secara langsung di hadapan juri dan penonton. Pada saya, kritikan itu normal. Tanpa kritikan, kita tidak akan menjadi lebih baik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, tampil memberi penjelasan berhubung isu tuntutan hutang daripada sebuah syarikat kontraktor sebelum ini.
Menurut Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, beliau telah membayar sebanyak RM3.5 juta kepada kontraktor tersebut, namun mendakwa pihak berkenaan gagal melaksanakan tugas dengan baik.
“Semua tidak tahu apa yang benar-benar terjadi. Saya ni buat studio bayar duit dahulu iaitu ketika dia (pihak kontraktor) menunjukkan contoh reka bentuk studio tersebut.
“Saya mahukan ianya siap dalam masa tiga bulan namun menurutnya, mereka tidak cukup bajet.
“Maka saya perlu bayar dahulu RM3 juta, kemudian tak cukup dan ada lagi tambahan lain, jadi RM3 juta setengah.
“Tiba-tiba bila dia dah dapat duit, dia berjalan entah ke mana. Saya hanya berurusan dengan orang bawahan.
“Jadi apa yang saya nak tak dapat. Studio itu tidak ada tandas dan bekalan elektrik, tak munasabah,” jelasnya.
Vida berkata demikian ketika ditemui pada Malam Penghargaan Nona Superwoman Award 2024 di M World Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Dalam pada itu ditanya mengenai perkembangan terkini berkenaan sesi lelongan barangan di kediamannya, Vida memaklumkan ia ditunda buat sementara waktu.
“Digantung dan ditunda untuk sita. Insya-Allah saya dipihak yang benar dan perkara tersebut tidak akan berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Vida tetap optimis dan yakin dia berada di pihak yang benar.
“Kita ini kalau nak berniaga jangan tipu orang lain. Saya reda dan yakin saya akan menang. Ada ujian yang perlu saya lalui dan Allah nak bagi ganjaran kepada kita.
“Segalanya melalui peguam namun saya tidak duduk diam, ada usaha dan ikhtiar serta tawakal,” ulasnya.
Terdahulu pada 25 November lalu, media melaporkan aset milik Datuk Seri Vida di kediamannya di Persiaran Bukit Meru, Ipoh, Perak telah disita susulan gagal melunaskan hutang sebanyak RM1,060,285 kepada sebuah syarikat kontraktor.
Hutang tersebut berkaitan dengan kerja-kerja pengubahsuaian sebuah kilang di Shah Alam, Selangor menjadi studio pada tahun 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...