Pelakon Shima Anuar terkilan apabila didakwa bertindak melayani pelanggannya dengan kasar menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.
Malah, pelakon itu turut berkongsi bukti perbualan menerusi entri terbaru dan menyifatkan sudah memaafkan individu tersebut.
Dia bagaimanapun tidak ragu-ragu mengambil tindakan andai isu terbabit timbul lagi.
“@laksambys punya hal. Suami sy dah pesan, jangan reply apa2, tak payah layan, biarkan je. Dan dalam hati sy pun dah maafkan dia sebab sy tak rugi apa2 pun.
“Tapi dia email @mstaronlineofficial dan cuba fitnah sy. Dengan mengatakan sy kasar dgn dia. Kat sini sy tunjukkan bukti our conversation.
“Just in case dia menghasut org lain pulak nanti. Anda nilai la sendiri ya? Lepasni kalau ada lagi isu ni, sy tak akan teragak2 untuk ambil tindakan dan tak akan terima sebarang permohonan maaf lagi kerana dia cuba memfitnah sy dan cuba menjatuhkan sy.
“Penat tau buat laksam ni. Jangan cari pasal. Takde sakit jangan cari penyakit.
Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ada berkongsi kisah saat pertama kali bertemu dengan isterinya yang juga merupakan bekas pemain perseorangan wanita negara, Datin Wong Mew Choo.
Menurut Chong Wei, dia bertemu dengan isterinya itu buat pertama kali ketika menyertai satu pertandingan badminton peringkat kebangsaan sewaktu usianya 15 tahun.
“A long long time ago,there was this budak mentah kurus kering, umur 15 tahun, naik bus from Penang to KL for badminton competition.
“Penuh semangat to prove his worth, trying to barge his way into the national team set up.
“Little he knew in his first outing, he could only enter for mix double category, not his favored single category,” tulisnya.
Tambah bekas pemain nombor satu dunia itu lagi, mindanya pada ketika itu hanyalah tertumpu untuk memenangi pertandingan tersebut dan tidak akan menghiraukan perkara lain.
“Nevertheless, he was so pumped up to do well.
“Entering the hall to warm up, he was really focus.Eyes only on the title. Nothing else.
“Dlm otak nak menang jer, taktik lawan, strategi, wind draft, hall conditions, court sebelah maner lagi “Ong”, dan pesanan motivasi coach,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Chong Wei memberi tahu, tumpuannya pada ketika itu sedikit terjejas saat melihat seorang gadis berusia 14 sedang memasuki gelanggang.
“Hell, all those mental preparation went masok longkang when he saw a 14 years old girl wakil Selangor.
“Cara dia jalan masok court, stretching, warm up. So elegant, so pretty! Lemah terus lutut itu budak Penang.
“Nak mintak phone number but she was well protected by her sister and parents,” tambahnya lagi.
Terpegun melihat kecantikan gadis tersebut, Chong Wei memutuskan untuk memenangi setiap berlawan dengan bergaya bagi menarik perhatian Mew Choo pada ketika itu.
“He figured, the only way to win her attention was to win on court.
“In that competition, every smash, drop, dive, chop performed were to impress her and everytime he scores his eyes curi-curi scanned around hoping she was watching.
Kisah romantis tersebut dikongsikan Chong Wei bersempena dengan hari lahir isterinya yang ke-37 tahun.
“The budak mentah is me, the angel in court of course is my wife Mew Choo.
“Happy birthday my dereast wife, my definition of perfection.
“I’m just so blessed to know you and be with you every since.
“To many birthdays to come. Thanks for everything,” konsinya di ruangan Instagram.
Pemenang pingat perak Olimpik 2008, 2012 dan 2016 itu mendirikan rumah tangga bersama ratu badminton negara itu pada 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram Lee Chong Wei
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.