Jatuh Pengsan Di Set, Peminat Speku Amyra Rosli Mengandung Lagi!

Share

Sekeping foto memperlihatkan dirinya sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Amyra Rosli menerusi laman Instagram ada berkongsi dua keping foto sedang memakai seragam hospital.

Menurut komen yang ditinggalkan pelakon Azara Azmi, Amyra didakwa pengsan secara tiba-tiba. 

Ulasnya lagi, pada mulanya dia keliru sama ada itu adalah lakonan atau kejadian sebenar, maklumlah, Amyra kan pelakon handalan.

Omaigod seriously, ni la nasib pelakon xtaw dalam scene ataupun betul tapi i hope you’re ok. Kau collapsed xde bagi signal. Tiba2 duuummmmmmmm… @aamyraroslijaga diri nok...”

Keliru dengan entri ini, netizen turut membuat spekulasi bahawa ini hanyalah sekadar babak dalam lakonan memandangkan pelakon Nur ini tampil cantik dengan solekan.

ada je sis org ginie.. Aritu masa duk wad mgandung ada je mommy tuu kena tahan pun spnjg masa bermake up.. Tpi xpe sndri punya ksukaan kan.. Siap ada yg bsalin pkai makeup lg… Mgkin jnis yg suka sgt makeup.. Klu sy mmg x pakai sgla bedak ka or apa2 apa lg klu makeup . Cma ada pencuci muka. ? Msing2 punya ksukaan kan.”

Malah, ada yang sudah membuat spekulasi bahawa isteri kepada Amar Baharin ini sedang berbadan dua.

MH berharap agar Amyra diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.

Foto – Instagram Amyra Rosli

IKLAN