Lepas satu, satu masalah menimpa ke atas pelakon popular, Sherry Ibrahim yang terpaksa menanggung kerugian besar apabila dua minggu lalu pejabatnya dipecah masuk pencuri dan terbaru tudung keluarannya berjenama Sherry Scarve pula hilang.

Hal ini dikongsikan sendiri oleh Sherry menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik laporan polis serta di ruangan kapsyen, dia telah berkongsi cerita nasib malangnya dengan semua.

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

IKLAN

“Baru 2 minggu lepas 8 handphone dalam office kene curik… Hari ini another kes.. ?.
Sedih dah Redha dengan ape yg berlaku hari ini. Petang tadi dapat call & diberitahu 3 kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung SherryScarves HILANG dalam perjalanan ! Dan yang kotak2 selebihnye semue dalam kedaan basah .

 

Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35K ( Jumlah scarves sebanyak 312 Helai ) .

 

It’s okay , ini adalah dugaan untuk Sherry dan team SherryScarves . Tak semue yang sanggup nak susah untuk mencari dan mendapat rezeki yang halal. Maybe itu cara sesetengah golongan yang nak hidup senang?

 

Sedih memang sedih tapi apa2 pun Sherryscarves akan bawak stock yang cukup untuk orang2 Brunei sempena event Letop Lebaran 2018 in few days time. I tak nak sedih2 and down sebab first time nak ke Brunei dan perasaan excited lebih dari nak tibe2 sad .. Well I believe setiap yg berlaku pasti ade hikmahnye. ALLAH swt sayang kite bile die sentiasa uji kite ☺??

 

WE WILL NOT GIVE UP !
Go @sherryscarves !,” tulisnya.

Aduh kesian betul MH kepada Sherry yang terpaksa menanggung kerugian dalam jumlah yang agak besar, malah peminat serta pengikutnya di Instagram juga turut mengasihani dirinya dan memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu.

malariey: Ya Allah…moga Allah gandakan rezeki sis ..Insha Allh ad hikmah dsebalik kejadian yg berlaku..Aamiin?

IKLAN

alynhsym: be strong kak ???? semoga dipermudahkan segala urusan kak @sherryibrahim ?? loveuuuu

syammimishahrom: Be strong @sherryibrahim!?? ujian bulan ramadhan.. lps ujian InshaaAllah Allah dtgkan sesuatu yg lbh baik ❤

IKLAN

MH harap Sherry sabar dengan dugaan yang ALLAH SWT berikan kepadanya ini. Pasti ada hikmah atas setiap perkara yang terjadi.

Sumber: Instagram Sherry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI