Jasmine Suraya Pernah Gemuk & Kulit Berjerawat? Pelakon Cantik Ini Dedah Ceritanya!

Share

Pelakon jelita, Jasmine Suraya Chin ada berkongsi cerita bersama netizen menerusi satu rakaman video yang dikongsi di laman Facebook ML Studios.

Kongsi pelakon drama bersiri Adellea Sofea ini, dia pernah gemuk dan mengalami masalah berat badan, sekitar pada tahun 2009 lalu.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 30 tahun itu memaklumkan dirinya juga pernah mengalami masalah kulit berjerawat ketika melanjutkan pengajian di luar negara di Afrika.

“Saya agak gemuk selama tiga bulan masa tu saya belajar di Afrika dan pada satu malam tu laptop saya kena curi.

“Saya tak boleh nak buat apa dan laptop itu milik rakan saya. Selepas kejadian itu saya tak ada aktiviti untuk dibuat jadi saya memasak.

“Afrika adalah negara pertama yang saya pergi belajar di luar negara dan saya bebas untuk membeli makanan saya sendiri.

“Sebab ibu saya seorang yang mengamalkan makanan sihat jadi dia tak akan benarkan saya makan benda yang dia rasa tak sihat jadi saya ada kebebasan oleh itu saya makan betul-betul.

“Kadang-kadan saya makan nasi goreng 2 pinggan, saya akan beli mee 2 pinggan sampai berat badan saya pernah 62kg,” kongsi Jasmine jujur.

Ikuti temu bual lengkap bersamanya di sini;

Video: Facebook ML Studios

IKLAN