Ads

“Jarang Bergaduh,” – [Running Man] Haha Kongsi Rahsia Rumah Tangganya

Pasangan selebriti Korea Selatan, Haha dan Byul seringkali dipanggil ‘power couple’ oleh rakyat negara Kpop itu.

Apa taknya, walaupun sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan dua orang anak, kedua-duanya masih lagi kelihatan ‘sweet’ sesama sendiri.

Terbaru dalam program Same Bed Different Dream Musim Kedua, Haha berkongsi rahsia dia kekal harmoni dengan isterinya itu.

“Jarang Bergaduh,” – [Running Man] Haha Kongsi Rahsia Rumah Tangganya

Ads

“Kami tak selalu gaduh. Rasanya sepanjang berkahwin hanya dua kali kami bergaduh besar. Saya menyedari bahawa isteri saya betul setiap kali bergaduh.

“Saya terima nasihatnya dan segera muhasabah diri membuatkan pergaduhan tidak berlaku,” katanya.

Laaa… itu ke rahsianya? Nampaknya betul lah kata pepatah yang ‘women always right’ tu kan?

Sementara itu, Haha turut menjelaskan mengapa dia suka memakai pakaian sama dengan keluarga kecilnya itu.

Ads

“Memakai ‘family look’ adalah impian saya. Sebab itu saya suka bertanya saiz anak-anak dan isteri setiap kali membeli-belah,” katanya lagi.

Haha merupakan seorang rapper dan mula mencipta nama menerusi program Running Man. Dia sering menimbulkan gelak tawa orang ramai dengan perangai ‘pororonya’ di dalam rancangan tersebut.

Ads

“Jarang Bergaduh,” – [Running Man] Haha Kongsi Rahsia Rumah Tangganya

Manakala Byul pula merupakan penyanyi solo wanita yang berjaya di Korea. Pasangan itu juga mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Dream, 5 tahun dan Soul, 1 tahun.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jika Itu Boleh Baiki Mutu Lakonan, Teruskan…,”- Jadi Idola Para Pelakon...

Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.
error: Hello. Cannot.