Janna Nick Sanggup Bersenam Sampai Nak Pitam; “Kadang Terfikir, Kenapalah Kena Seksa Diri Sampai…”

Share

Pelakon Janna Nick sememangnya dikenali antara selebriti yang sering mengamalkan gaya hidup sihat apabila selalu berkongsi aktiviti kecergasan yang dilakukan menerusi laman sosialnya.

Terbaharu, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, memuat naik sebuah entri di laman Instagram miliknya yang mana menunjukkan dia sudah mula kembali melakukan rutin kecergasan di pusat gimnasium sekembalinya daripada cuti rehat raya.

Menerusi perkongsian itu, Janna berkata dia sanggup bersenam ‘separuh mati’ demi menikmati makanan sedap malah berasa ‘cemburu’ melihat sesetengah individu yang ‘bernasib baik’ tidak pernah berisi biarpun menjamah makanan berpinggan-pinggan.

“Kadang-kadang I terfikir, kenapa la kena seksa diri sampai macam ni. Exercise sampai rasa macam nak pitam eh.

“Jawapan dia sebab I wanta to eat good food. Bestnya la jadi orang yang makan, melantak dua-tiga pinggan pun tak gemuk-gemuk,” tulis Janna di ruangan kapsyen.

Walaupun kadang-kala berasa ‘berat’ untuk melakukan senaman, namun Janna menguatkan tekadnya kerana aktiviti kecergasan yang dilakukan itu adalah baik untuk kesihatan mentalnya.

“Tapi takpe la, exercise pun sebenarnya bagus untuk kesihatan mental.

“Cuma nak start balik lepas bulan puasa ni rasa macam… aduh beratnya,” kongsi Janna lagi.

Menjengah di ruangan komen, rakan pelakon gandingannya menerusi drama Bukan Puteri Lindungan Bulan, Hisyam Hamid memberikan kata-kata semangat buat Janna.

“Dah okay dah tu Lara (merujuk watak Janna dalam drama tersebut),” komen Hisyam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN