Meskipun lakonannya sering dikecam sesetengah pihak, namun Fattah Amin sebenarnya tersenarai antara artis yang menerima bayaran termahal.

Sejak mencipta nama dalam lapangan lakonan Fattah mula dikecam netizen sehingga ada yang mula melabelkan dirinya sebagai ‘pelakon kayu’.

Janna Nick, Fattah Dilabel Artis Paling Mahal

Namun berbekalkan wajah yang tampan dan tinggi lampai merupakan pakej yang cukup buat Fattah untuk terus diminati.

Pada masa sama, Janna Nick juga terus menjadi rebutan pengarah tersohor Malaysia terutama Sheila Rusly dan Michael Ang.

IKLAN

Janna Nick, Fattah Dilabel Artis Paling Mahal

Janna Nick, Fattah Dilabel Artis Paling Mahal

Tidak dinafikan populariti dua selebriti ini, Janna dan Fattah semakin meningkat naik setiap hari, terutamanya netizen rancak bercerita mengenai drama Korea popular adaptasi, Coffee Prince.

IKLAN

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik bellerrina2, merupakan Instagram peminat Fattah dilihat dia ada memuatnaik satu video Insta Story milik Michael Ang yang bercakap mengenai artis di Malaysia.

Menurut pengarah drama berkenaan dalam satu video berdurasi 16 saat itu, Michael telah melabel Janna Nick dan Fattah antara pelakon yang mendapat bayaran termahal.

IKLAN

Selain mereka, Michael Ang turut menyebut nama bekas ratu cantik Malaysia Erra Fazira dan Aaron Aziz.

Menurut Michael lagi, mereka merupakan artis gred A yang layak dibayar mahal.

“Artis paling mahal? Banyak je artis mahal..Aaron mahal, Fattah mahal, Janna Nick mahal, Erra Fazira mahal.”

“Semua artis-artis A tu mahal laa… kalau tak mahal, taklah A dia orang tu …” antara yang dikongsi Michael menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Perkongsian pengarah tersohor itu telah menerima lebih daripada 25,571 tontonan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI