Berita

Janna Nick Beri Pandangan, Nasihat Lelaki Jangan Berkira Dengan Anak Bini & Keluarga – “Semakin Berkira Wang Ringgit, Semakin Sempit Rezeki.”

Share

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengingatkan golongan suami agar tidak terlalu berkira, khususnya dalam soal kewangan dan tanggungjawab terhadap keluarga.

Menerusi satu hantaran di Threads, Janna tampil memberikan pandangan susulan luahan seorang pengguna media sosial yang mendakwa teman lelakinya tidak pernah membelanjakan makan sepanjang tempoh hubungan mereka.

Menurut pelakon telefilem Delen itu, keberkatan dalam rezeki jauh lebih penting berbanding jumlah pendapatan semata-mata, meskipun pasangan memperoleh gaji yang lebih tinggi.

Nasihat Buat Lelaki, Jangan Berkira Dengan Keluarga

Malah, Janna turut menegaskan agar para lelaki tidak mengamalkan sikap berkira, lebih-lebih lagi terhadap keluarga sendiri.

“Lelaki kena faham, walaupun dapat pasangan yang berpendapatan lebih banyak, tapi keberkatan dalam rezeki tu lebih penting.

“Jangan berkira dengan anak bini, mak ayah dan keluarga. Allah akan cukupkan rezeki tu walaupun duit hari hari keluar macam air.

“Semakin berkira wang ringgit, semakin sempit lah rezeki,” tulisnya.

Wanita Turut Dinasihatkan Jangan Biasakan Menanggung Segala Perbelanjaan

Dalam hantaran sama, Janna turut menasihatkan golongan wanita agar tidak membiasakan diri menanggung segala perbelanjaan sepanjang hubungan.

“Bincang elok-elok dik, kalau dia berkeras juga, sendiri mau faham la. Jangan biasakan belanja lelaki.

“Kalau kena half half pun takpe. Jangan bayar untuk dia (kecuali dia terdesak),” kongsinya.

Respon tersebut merupakan reaksi balas Janna terhadap beberapa hantaran seorang individu di aplikasi Threads yang meluahkan perasaannya mengenai usaha mengumpul wang untuk perkahwinan.

Perkongsian itu sekali gus mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan Janna.

Berikut merupakan antara komen yang tinggalkan netizen;

“Setuju dan memang betul.

“Betul.. lock ayat jangan biasakan belanja lelaki.

“Tapi nasihat Janna Nick ni untuk yang dah berkahwin ya. Kalau korang couple, takde maknanya nak ada keberkatan tu.

“Boleh nak bayarkan atau belanjakan laki, tapi kene tengok jugak laki tu jenis berkira tak dengan bini. Kalau jenis yang tak berkira, kadang-kadang kita sebagai bini pun rasa nak je belanja apa-apa tanpa rasa berkira langsung.

“Bila lelaki jenis tak berkira memang betul-betul tak putus rezeki dia, Insya-Allah”.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

 

Published by
Nurdini Rosliza