“Janji Awak Gembira,”- Penuhi Permintaan Isteri, Video Tik Tok Mark Adam Bikin Netizen Gelak Berdekah

Share

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pelbagai aktiviti telah dilakukan untuk memenuhi masa terluang seperti mengemas rumah, mencuba resepi baru dan macam-macam lagi.

Terbaru, penyanyi dan guru vokal, Mark Adam ada memuat naik sebuah video Tik Tok di laman Instagram miliknya.

Menurut Mark, video tersebut dibuat bagi memenuhi permintaan isteri tersayang.

“Ezan: B boleh tak buatkan saya video tiktok yang baring-baring tu?

“Saya: Boleh janji awak gembira,” tulisnya.

Video ‘stop motion’ itu memaparkan Mark terbaring di sekitar kawasan ruang tamu rumahnya.

Video lucu tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan dan turut dihujani ratusan komen tidak sampai 1 ia dimuat naik.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan video tersebut selain turut memuji usaha Mark untuk menghiburkan isterinya itu.


Sumber: Instagram Mark Adam

IKLAN