Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pelbagai aktiviti telah dilakukan untuk memenuhi masa terluang seperti mengemas rumah, mencuba resepi baru dan macam-macam lagi.
Terbaru, penyanyi dan guru vokal, Mark Adam ada memuat naik sebuah video Tik Tok di laman Instagram miliknya.
Menurut Mark, video tersebut dibuat bagi memenuhi permintaan isteri tersayang.
“Ezan: B boleh tak buatkan saya video tiktok yang baring-baring tu?
“Saya: Boleh janji awak gembira,” tulisnya.
Ads
Video ‘stop motion’ itu memaparkan Mark terbaring di sekitar kawasan ruang tamu rumahnya.
Video lucu tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan dan turut dihujani ratusan komen tidak sampai 1 ia dimuat naik.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan video tersebut selain turut memuji usaha Mark untuk menghiburkan isterinya itu.
Sumber: Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Yuna meluahkan kerinduan terhadap arwah abang ipar, Ashraf Sinclair yang kini genap dua bulan meninggal dunia.
Jelas penyanyi itu, mereka sekeluarga masih tidak mempercayai Ashraf telah pergi buat selamanya.
Malah dia tidak menyangka diberi peluang buat kali terakhir meluangkan masa bersama keluarga arwah di Los Angeles beberapa hari sebelum lelaki itu pergi ke alam abadi.
Dalam pada itu, Yuna turut mengimbau kembali detik pertemuan terakhir sewaktu menjemput Ashraf dan Bunga di mana kedua-duanya mengenakan topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga dengan wabak Covid-19.
Kata Yuna, Adam sering berjenaka perihal abangnya memakai topeng muka, namun kini Ashraf pasti berbangga melihat adiknya mengenakan alat perlindungan itu setiap masa sebagai langkah berjaga-jaga dengan wabak tersebut.
Luah penyanyi Crush itu lagi, Ashraf merupakan abang yang cukup penyayang dan sering memberikan kata-kata semangat dan galakan di saat dia sangat memerlukannya.
“Dear Abang Ash, it’s been 2 months, we still can’t believe you’re gone. I look at these pics and I can’t believe we were given that chance to hangout with you in NY, one last time. I sometimes think about you and @bclsinclair coming to LA, hanging out with us like that was going to happen again.
“I was always looking forward to Ash and Bunga’s random trip to LA. We’d always be on standby when that happens.
“Ash, you were right man. Covid19 is no joke. We’ll never make fun of your masks again- when Adam puts it on now I always remember when he made fun of you at the airport for wearing them. You would’ve enjoyed seeing him wearing one now LOL. Ash, he misses you so much!
“My favourite memory of you guys is still Disneyland. We were exhausted & by the end of the day on our drive home I could see you, Bunga & Noah passed out in the backseat with all your mouths open- That was priceless!! What an honour it was to have you as my brother in law.
“You were always such a cool dude!! Always lookin sharp. Always knowing something we don’t. Always working on something. You carry yourself in a way that no one can ignore your presence.
“A great public figure & a role model to all. A wonderful son, brother, husband to Bunga, dad to Noah.
“The truth is Ashraf, you are so so loved that we are still so confused that you’re gone. Still in shock. And still struggling to let you go. But we know we have to, and settle for pictures, videos and memories.
“I remember when I was having trouble with work & we were all talking about it in our apartment. You gave me all this advice and right before you guys left for LAX, you turned around and said;
“Never let anyone lowball you. You are so valuable because there is only one Yuna.” I never had a brother, Ash. But what a perfectly brotherly thing to say to me when I needed it the most.
“You gave me & Adam a hug, and left. What a rockstar. I want you to know that now.. we pay it forward. You were always lookin out for us. Now, we’re lookin out for others.
“We miss you & love you Ash, we never stop praying for you. We’ll continue driving Bunga & Noah anywhere they want in LA anytime. Don’t u worry, your littlest sis gotchu.
Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. Arwah meninggalkan isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Aidan Sinclair, 10 tahun.
Foto : Instagram Yuna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara, pelakon jelita Fasha Sandha gemar berkongsi aktiviti harian bersama peminatnya.
Baru-baru ini, Fasha ada memuat naik satu rakaman video sedang mengajar anaknya.
Lalu, pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan ini turut meluahkan rasa syukur dengan pencapaian anaknya yang sudah mahir membaca Muqaddam Iqra meski baru berusia 5 tahun.
“Cikgu Fasha Garang! Anak merajuk masuk bilik Depa ni kalau bab tiktok takyah ajaq semua pandai steps, bab nak suruh mengeja mmg liat.
“Now ibu dah ganti cikgu kena mengajaq di rumah. Apapun, walau ibu garang,sebenaqnya im proud of you my two babies, Jemyma baru 5 tahun 3 bulan tapi dah pandai membaca..iqra pun dah iqra 4.
“ok la Alhamdulillah. Slowly but surely . Sapa kat rumah cikgu garang masa MCO, kita gang k,” tulisnya
Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat memuji sikap Fasha mendidik permata hati.
Fasha sebelum ini turut memuat naik video bersama suaminya, Adil Aziz memohon ramai supaya terus kuat dan patuhi PKP yang telah dilaksanakan sejak dua minggu lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana tidak dapat menahan tawa apabila melihat penampilan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa yang tampil ‘polos’ selepas mencukur misai dan janggutnya.
Dalam keadaan yang masih bertelekung sambil beberapa ketika menutup mukanya, bintang itu menyifatkan dirinya seolah-olah tinggal bersama orang lain.
“Lainlah awak cukur misai dengan janggut ni. Saya rasa macam duduk dengan orang lain.
“Macam pengkid. Rasa macam duduk dengan perempuan pakai kupiah pulak aku rasa…,” gurau Ardell.
Dalam pada itu, Nadzmi menerusi ruangan kapsyen pula turut tertanya-apa apakah sebenarnya yang diinginkan golongan isteri.
“Salah ke seorang suami tu nak shave? Orang perempuan ni sebenarnya nak apa? Suka yang ada misai ke yang togel? Kenapa dia gelakkan saya?,” tanya bakal bapa ini lagi.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.