“Janganlah Paksa, Dia Kan Mengandung,”- Cabar Isteri Makan Ambuyat, Ini Pesan Netizen Buat Hafiz Mahamad!

Share

Instafamous, Hafiz Mahamad kini sedang menanti detik kelahiran anak sulungnya bersama isteri, Syafiqah Aaina.

Bagaimanapun, Hafiz ada memuat naik video di Instagramnya apabila dia mencabar Syafiqah untuk memakan ambuyat, sejenis makanan yang berasal dari Borneo (Sabah,Sarawak dan Brunei).

“Ambuyat challenge, dia tak boleh telan,” tulis hafiz di ruangan kapsyen

Video tersebut memaparkan aksi Syafiqah yang dicabar Hafiz memakan makanan yang berbentuk pepejal itu (campuran sagu dan air panas).

“Try sayang, macam telan kahak, ” kata Hafiz berseloroh. 

Lantas, Syafiqah berasa mual dan mengeluarkan semula makanan tersebut.

Menerusi ruangan komen pula, netizen telah menasihati Hafiz agar tidak berbuat demikian kerana dia perlu menjaga emosi dan pemakanan Syafiqah serta bayi dalam kandungan.

Nyata, netizen sangat mengambil berat mengenai ibu mengandung ni,kan?

Biasalah, gurauan suami untuk menyakat isteri sahaja.

Video : Instagram Hafiz Mahamad , Carian Google

IKLAN