Penyanyi, Nourul Wahab berkongsi pengalamannya apabila hampir menjadi mangsa ‘scammer’ baru-baru ini.

Dalam perkongsiannya itu, Nourul mengakui mujur dia cepat tersedar dan segera memutuskan panggilan.

“Busy lah nak tweet tentang sesuatu yang penting. Semalam dapat call katanya dari traffic nak kena bayar saman banyak. Tekak 9 untuk bercakap Dgn pwgawai. Kita pun tekan. Lepas tu terfikir tak nak settle kat phone Sebab takut scam! Hari ni dapat tahu jwpnnya.

 

“Part 2: pegi traffic jalan Bandar, baru dapat tahu. Traffic tak akan call. Diaornag hantar Surat saja. Jangan percaya dengan phone call darinsesiapa yang tak dikenali. Nasib baik saya teringat utnuk tunjuk traffic. Be careful guys. Scammers menjadi Jadi.

 

“Rujuk kepada pihak yang sepatutnya walaupun dikatakan kena bayar saman dan sebagainya. Jangan bagi détail peribadi di telefon atau kepada yang tak dikenali. #scam #damnscammers,” tulisnya di Twitter.

IKLAN

IKLAN

Dalam pada itu, Nourul juga turut meninggalkan pesan menerusi laman Instagramnya bagi memberi peringatan buat semua.

“Ini pesanan khidmat masyarakat. Jangan tertipu dengan scammer! Letak telefon kalau rasa yang bertanya itu tak Logic. Jangan beri detail peribadi melalui telefon! Hati hati wahai rakyat Malaysia #ishare #icare ini bukan iklan,” tulisnya.

IKLAN

Alahai, makin menjadi-jadi lah scammer ni. Kadang-kadang MH hairan juga kerana masih ramai yang terpedaya dengan penipuan pihak tidak bertanggungjawab ini. Apa-apapun, take note ya! Jangan jadi mangsa ‘scammer’ ini!

Foto/Instagram: Nourul Wahab

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI