Juara Dewi Remaja, Raysha Rizrose mengakui setakat ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan atlit permotoron, Nabil Jeffri meski mereka sudah menjalin hubungan cinta lebih enam tahun lamanya.
Katanya secara seloroh, adalah lebih baik jika jodoh berkahwin itu didahulukan kepada dua kakaknya, Uqasha dan Nelydia Senrose.
Kemudian, barulah dia menyusul ke fasa sama.
“Saya dan Nabil berkawan sejak 2013 lagi, malah ketika masih belum menyertai Dewi Remaja. Tapi masih belum ada perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.
“Memandangkan masing-masing ada misi dan komitmen yang perlu didahulukan. Malah saya sendiri masih belum bersedia untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah kakak yang lepas dulu,” jelasnya kepada MH.
Dalam perkembangan lain, Raysha kini sedang menunaikan umrah di tanah suci.
Turut sama menyertai rombongan ialah keluarga besarnya, termasuk Uqasha dan Nelydia.
Semoga mendapat umrah yang mabrur, amin.
Foto: Instagram MH
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh sejak semalam apabila hubungan rumah tangga pelakon Datin Elvina Mohamed apabila difahamkan telah diganggu seorang wanita, dipercayai bernama Fify Razak.
Bagaimanapun, pelakon berkenaan ada memuat naik perkongsian individu yang turut berkongsi situasi yang pernah dialami.
Perkongsian tersebut menerusi DM itu telah dimuat naik Elvina menerusi Insta Stories, awal malam tadi.
Bagaimanapun, identiti individu yang berkongsi kisah berkenaan tidak didedahkan ibu beranak satu ini.
Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Datuk Mohd Haniff Borhan pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz.
Pasangan tersebut baru mendapat seorang cahaya mata lelaki, Karl Mateen pada 1 Disember lalu.
Foto : Instagram Stories Elvina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.