Bagi yang menceburi dalam dunia perniagaan sudah pasti pernah mengalami pengalaman ada pembeli yang sering meminta diskaun terhadap item barangan yang dibeli.
Baru-baru ini pelakon dan penyanyi, Adibah Noor misalnya ada berkongsi pendapat mengenai isu tersebut menerusi laman media sosial Twitter.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terlalu Istimewa ini berharap agar pembeli untuk tidak meminta diskaun bayaran terutamanya kepada peniaga kecil.
Ads
Pesannya lagi, elakkan daripada menjadi individu yang sedemikian.
“So true. Jangan sesekali mintak diskaun dengan peniaga kecil. Please dont be that person.,” tulisnya ringkas.
Ads
Sementara itu di lapangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut meluahkan pendapat mengenai perkara tersebut.
Ads
Foto: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal menyahut cabaran minggu duet dalam saingan keenam program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) Ahad ini, Linda Nanuwil sudah pun bertemu rakan duetnya, Khai Bahar bagi memulakan latihan awal.
Mereka bakal berpadu suara menerusi lagu Bertakhta Di Hati yang pernah dipopularkan oleh Farahdhiya.
Menyatakan rasa teruja, Khai mengakui tidak sabar untuk berduet bersama bintang asal Sabah itu.
Sementara itu, Linda turut berkongsi perasaan sama selain mendedahkan sikap Khai yang disifatkannya sebagai seorang yang cukup merendah diri.
“Yayyyy kita pun tak sabaq sangat nak duet dengan @khaibahar94. Baik, humble and sopan santun adik Khai ni,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para penyokong Linda sudah tidak sabar untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka selain turut memberikan ucapan selamat maju jaya buat mereka berdua.
Malah ada di antara komen tersebut mendapat respon daripada Linda sendiri. All the best buat semua peserta GV7 minggu hadapan!
Foto: Instagram Linda Nanuwil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Genap 14 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tercinta hari ini, Datin Azrene Ahmad, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menitipkan dedikasi bersama pautan video istimewa buat permaisuri hatinya.
Menerusi video yang dimuat naik menerusi IG TV yang berlatar belakangkan lagu nukilan sendiri berjudul November Itu, Fazley menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri terbaik buat dirinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.
“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.
“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.
Fazley pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat isteri yang menerima dirinya dengan apa adanya.
“Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.
“Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.
“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu!
“Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” titipnya panjang lebar.
Hidup harmoni sebagai suami isteri, Fazley dan Azrene kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.
Foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul yang telah diumumkan sebagai juara program The Masked Singer Malaysia menzahirkan rasa syukur atas kemenangannya menerusi pertandingan nyanyian yang berkonsepkan misteri itu.
Bunga Raya yang dikenakan oleh penyanyi Semalam itu berjaya mencuri hati juri selepas membuat persembahan memukau menerusi lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce dan Malam Ini Kita Punya (Bunkface).
Aina membawa pulang trofi dan gelaran seperti mana mengikut format asal negara-negara lain.
Menerusi Instagram, Aina turut mengakui bukan satu hal yang mudah untuk ‘menutup mulut’ dari berkongsi cerita mengenai penyertaannya dalam The Masked Singer Malaysia ini.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi atas kemenangan dan kejayaan yg tidak disangka-sangka ini.
“Omgggg, sangat susahhhhhh Aina nak tahan rahsia ini, almost 2 months!,” tulisnya.
Aina bagaimanapun turut meminta maaf dan menyatakan tiada niat untuk menipu.
Sebaliknya, ia adalah antara perjanjian yang perlu dipatuhi mereka yang terlibat.
“Aina minta maaf sangat2 kat semua yang di luar, family, rakan2 dan all my lovely followers.
“Aina takde niat nak tipu tapi, dah sign contract and aina kene patuh. Maaf ya semua!
“Aina juga di sini nak ucapkan jutaaan terima kasih buat semua team produksi dan team2 yang berada di belakang Aina sepanjang program ini berjalan.
“Semoga Allah Swt rahmati anda semua. And last but not least, to Bunga Raya, we did it! Alhamdulillah!,” tulisnya sambil disusuli beberapa hashtag.
Sementara itu, tempat kedua jadi milik Rajah Brooke yang dipakai l penyanyi Vaneesa Reynauld.
Orang Utan yang dipakai oleh anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju berada di kedudukan tempat ketiga dan Wau yang dipakai penyanyi Datin Alyah menduduki tempat.
Vince yang menyarung Enggang pula menduduki tempat kelima.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.