Satu momen memalukan dalam sejarah Anugerah Academy 2022 atau lebih popular digelar Oscars apabila Will Smith tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan meluru ke atas pentas untuk melempang pengacara acara tersebut, Chris Rock.
Semuanya gara-gara pengacara tersebut yang membuat lawak tentang keadaan Jada Pinkett yang tampil botak. Dia berkata, “Jada saya sayangkan kamu. Tak sabar nak tunggu G.I Jane 2,” ujarnya.
Chris Rock yang terkejut apabila dilempang Will Smith. Kredit foto: AFP via The Star
Insiden tersebut merupakan satu momen yang tidak terjangka kerana pada mulanya Will dilihat ketawa apabila pengacara yang merupakan pelawak itu berjenaka tentang rambut Jada.
Ads
Selepas dilempang, Chris yang kelihatan malu dan terkejut menyambung lagi skripnya, “Wow! Will Smith baru sahaja melempang muka saya. Ini adalah momen terbaik dalam sejarah televisyen.”
Namun respon itu tidak diterima baik oleh Will Smith apabila pelakon tersebut menjerit dengan kuat dari tempat duduknya dan berkata dengan nada marah, “Jangan sebut nama isteri saya.”
Ads
Dapat dilihat dari raut wajahnya, dia sangat marah dan hampir menitikkan air mata. Will kemudiannya memenangi kategori pelakon lelaki terbaik anugerah Oscars 2022 menerusi lakonannya dalam filem King Richard.
Umum mengetahui yang pelakon ini tidak gemar jika isteri atau anak-anaknya dibuat perkara mainan. Jada yang mencukur rambutnya botak bukanlah disebabkan fesyen namun kerana dia menghidap Alopecia yang menyebabkan kehilangan rambut teruk.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan susulan sepotong klip video yang memaparkan adegan panas pelakon tempatan yang mencetuskan sensasi di media sosial.
Kejadian tersebut nyata mencuri perhatian apabila klip video berkenaan mendapat respon pelbagai warganet.
Antara yang turut sama memberikan pandangan peribadi mengenai isu berkenaan ialah pengarah terkenal, Along Kamaludin.
Menurut Along atau nama sebenarnya, Shahrom Kamaludin, perbuatan pengarah tersebut sememangnya tidak boleh diterima selain turut menyifatkan ia sebagai melampaui batas.
“Saya rasa itu mungkin perbuatan pengarah baharu. Kalau pengarah lama, dia tidak akan buat sebegitu. Dia akan fikir dua tiga kali apa implikasi yang akan terjadi selepas dia keluarkan klip-klip tersebut.
“Bagi saya, perbutan tersebut memang tak patut berlaku. Kita tak perlu nak tekankan drama kita untuk ramai yang menonton dengan menyajikan klip-klip seperti ini. Kita ada batas yang tersendiri. Jangan ikut macam ‘mat salleh’.
“Saya juga tidak bersetuju dengan pengarah tersebut yang mengatakan klip tersebut sebenarnya ‘director cut’. Bagi saya itu bukan director cut tapi sengaja dibuat. Mungkin dia tak faham apa itu director cut,” katanya kepada MH.
Along berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pratonton program television Awesome TV yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Isnin.
Katanya lagi, tindakan seperti ini secara tidak langsung akan mencalarkan imej-imej pengarah lain dan para pelakon juga akan turut sama merasai kesannya.
“Bila terjadi perkara macam ini, para artis akan dipandang rendah dan menjatuhkan maruah mereka sendiri. Orang luar akan menilai ‘Apa artis kita ni?’. Kita ini orang Melayu yang ada adat dan budaya. Kita tak sepatutnya melangkaui batas tersebut.
“Saya rasa perbuatan ini menjelikkan. Imej pengarah lain juga akan tercalar. Anda pengarah baru tapi anda tunjukkan contoh yang tidak elok. Sepatutnya anda kena menaikkan imej drama kita.
“Tapi apa yang kamu buat ni macam menjatuhkan industri. Saya minta maaf kepada pengarah tersebut kerana bercakap seperti ini tetapi inilah hakikatnya,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai trend segelintir pelakon dan rumah produksi yang dikatakan sengaja mencipta gimik murahan demi mempromosikan karya terbaharu, Along berpandangan tindakan seumpama itu sebagai sesuatu yang memalukan.
“Itu merupakan trend yang dibuat oleh segelintir pihak yang miliki IQ cetek. Tak semestinya bila kita nak promosikan sesebuah drama sebab nak penonton tengok, kita buat perkara yang bukan-bukan atau memalukan.
“Kalau saya berada posisi pengarah tersebut, saya akan malu kepada keluarga dan industri. Kenapa perlu buat perkara seperi itu semata-mata untuk mempromosikan drama tersebut? Banyak lagi cara lain yang boleh dibuat.
“Memang benar drama Melayu kena advance dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi, tapi bukan cara seperti ini,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, drama terbaru arahan Along yang berjudul Antara Ikhlas Dan Kaca bakal ditayangkan di Awesome TV sepanjang bulan Ramadan nanti.
Drama ini akan membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Luqman Hafidz, Wanna Ali, Aleza Shadan, Zain Hamid dan ramai lagi.
Bersempena sambutan bulan Ramadan tahun ini, Awesome TV tampil dengan kempen terbaharu dengan tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengannya’.
Pelbagai program menarik bakal disiarkan di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepotong video pendek yang dikongsi pelakon, Zul Ariffin berkaitan drama terbaharu lakonannya, Perempuan itu di Instagram pada Jumaat mencetuskan reaksi pelbagai netizen.
Ia susulan terdapat beberapa klip babak mesra termasuk adegan menggendong pelakon wanita dari depan yang sekali gus mencuri perhatian ramai.
“Coming soon..,” tulis Zul ringkas pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi terkejut terhadap video berdurasi 22 saat itu selain ada yang menyifatkan babak yang dilakonkan agak keterlaluan.
“Huisshhh, sikit lagi Jabatan Netizen mesti buzy.”
“Seriuslah cerita macam ni pun ada? Kesian.”
“Hmmm makin terus industry filem or drama Malaysia aku tengok sekarang ni.”
“Jarang komen tapi terasa nak tulis. Kenapa perlu ada cerita Melayu macam ni?”
“Kenapa cerita Melayu sekarang macam ni. Aduh ghisau.”
“Ya Allah kenapa begini?”
Itu antara komen yang ditinggalkan pada ruangan komen hantaran berkenaan.
Sehingga kini, perkongsian berkenaan sudah pun menerima lebih sejuta tontonan bersama puluhan ribu komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib teruja apabila dapat melaksanakan hajat isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin dengan memberikan sumbangan terhadap menbangunkan surau dan dewan serbaguna bagi kegunaan umah anak-anak yatim di Pelabuhan Klang, Selangor.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Shuib memberitahu arwah isteri berhajat untuk memberikan sumbangan tersebut sewaktu mereka sama-sama melawat lokasi berkenaan, sebelum ini.
“Harini 12 March 2022, kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff ni, tapi kali ini datang dengan mertua dan anak-anak. Kali pertama datang sini ppada 25 Julai 2021 bersama arwah isteri tercinta @sitisarahraissuddin. Datang berdua, saya yang drive.
“Sepanjang perjalanan kami karaoke, nyanyi macam-macam lagu. Seronok sangat. Bahagia rasa, alhamdulillah. Sampai je sini disambut Tuan Haji Fadhil (individu yang menjaga tempat ni), lepas tu jumpa anak-anak yatim yang ada, habis semua tempt kami tour, tempat cantik, besar, bersih,” tulisnya.
Bapa kepada empat cahaya mata itu turut akui Sarah seronok apabila dapat isi masa bersama penghuni kediaman berkenaan.
“Arwah terlalu seronok jumpa anak-anak kat sini. Kemudian diberi peluang untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna yang masa tu dalam 70 peratus pembuatan kalau tak silap.
“Arwah nak sangat menyumbang sebab nak tengok Musolla dan dewan ni siap sebab dewan ni selain dari anak yatim kat sini guna, orang kampung yang duduk berhampiran pon boleh guna. Allah Maha segalaNya.
“Hari ini… Bila ianya sudah pon siap, arwah dah pon pergi untuk selamanya. Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana Musolla dan Dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan 2 lagi nama individu. Maka diberilah nama,” tulisnya lagi.
Di samping memanjat rasa syukur, Shuib berharap usaha yang dilakukan bersama arwah isteri akan terus mendapat rahmatNya.
“MUSOLLA DAN DEWAN SERBAGUNA SARAH MUSLIM AL-ATTAS. Syukur Alhamdulillah. Hadiah buat you sayang. Rezeki you. Alhamdulillah. Terima kasih mengajar Daddy tentang sedekah, yakin dengan sedekah, suka dengan sedekah.
“Semoga pahala terus mengalir utk you sayang. InsyaAllah selalu ke sini dengan anak-anak. Ini tempat terakhir kita dating Sayang. Semoga ada pengajaran yang kita boleh ambil,” tulisnya lagi.
Imbas kembali, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.
Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, hari sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...