Penyanyi, Wany Hasrita menepis dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menjual semula baju terpakai yang diterima secara percuma di akaun Instagram ‘Preloved Still In Love’ kendaliannya.
Menurut Wany, kesemua pakaian terpakai yang dijual di akaun tersebut merupakan koleksi peribadi yang dibeli menggunakan wangnya sendiri.
Malah, beberapa baju bertanda ‘sample’ juga merupakan kepunyaannya yang dibeli menerusi bahagian ‘display’ di sesebuah butik.
Ads
“Salam, semua barang pre-loved yang di @prelovedstillinlove semua barang yang saya beli. Tak pernah dan tidak akan jual barang yang saya dapat secara percuma.
“‘Sample’ yang dimaksudkan adalah baju sample yang dipakai sewaktu photoshoot produk (baju model) yang ada satu saiz sahaja dan dijual di butik tersebut.
“Dan satu-satunya saiz yang sesuai dan ‘ngam’ dengan saya tanpa perlu alteration. Lepas tu sekarang dah tak muat (padan uka siapa suruh makan nasi lemak).
Ads
“Saya nak let go lah. Jangan risau, saya masih lagi mementingkan etika dan keberkatan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Canggung itu menerusi ruangan Instagram Stories selepas terdapat seorang individu yang kurang senang dengan perkara berkenaan.
Ads
“Dapat barang free lepastu jual kat orang, hebat permainan. Jelas kat situ **sample,” kata individu tersebut.
Dalam pada itu, Wany turut mendedahkan kepada individu berkenaan supaya tidak perlu bimbang berhubung perkara tersebut kerana dia masih mementingkan etika serta keberkatan dalam urusan jual belinya.
Sumber: Instagram Wany Hasrita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila dia berkongsi teaser lagu istimewa raya nyanyiannya yang bakal dilancarkan sekiranya mendapat reaksi baik ramai.
Aliff yang pernah muncul menerusi single, Cuba Bahagia tahun lalu turut berkongsi sedutan nyanyiannya melalui IG TV.
“Nantikan dan berapa ramai rakyat Malaysia yang tak sabar nak dengar suara saya? Cuba komen dekat bawah. Saya nyanyikan sikit ya, macam teaser.
“Sedap tak? Kalau sedap korang kena komen. Saya akan keluarkan lagu yang sedap. Saya pasti dan berjanji kepada anda lagu ini bakal memberi halwa telinga dan juga kegembiraan di musim PKP ya,” katanya dalan video berdurasi kurang dua minit itu.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Aliff mahukan komen jujur ramai kerana ia menentukan sama ada dia patut mengeluarkan lagu sempena Aidilfitiri atau sebaliknya.
“Patut tak saya keluarkan lagi raya tahun ni?? Kalau ramai yang komen yes saya akan keluarkan saya harap korang komen jujur ya komen anda penentu lagu raya tahun ni saya keluarkan ataupun tidak.
“InsyaAllah malam ni kalau ramai yg beri sokongan sy akan ke bilik rekoding,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan ada di antaranya turut mendapat respon dari Aliff sendiri.
Malah, ibunya Rozita Ibrahim turut meninggalkan reaksi yang mencuit hati peminat.
“Kri (Syukri) oohh Kri. Sudahlah nyanyi-nyanyi. Bongoklah ko ni. Benci Mak tengok ko nyanyi. Sumbang tunggang-langgang. Suka buat orang marah.
“Ko tak kaya sebab nyanyi. Saja membahan orang. Tapi mak syukurlah dalam marah ni ko Kri tak nyanyi dengan jejadian,” tulisnya.
Komen tersebut turut mendapat ribuan tanda suka daripada pengguna Instagram.
Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui rumah tangga pelakon Anzalna Nasir kini diserikan dengan kehadiran dua anak lelakinya, Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.
Baru-baru ini, Anzalna dan suami, Hanif Zaki turut menggunakan kesempatan yang ada meluangkan masa bersama kedua-dua putera mereka dengan bercuti di sebuah pusat peranginan di Johor.
Yang menarik perhatian netizen ialah kecomelan anak kedua Anzalna iaitu Emirhan yang kini genap berusia empat bulan.
Rata-rata pengikut Instagram Anzalna suka melihat kecomelan Emirhan yang disifatkan mereka mempunyai raut wajah seperti bayi kacukan berasal dari negara Timur Tengah.
“Happy 4 months old Emirhan! Kesian kena paksa ambil gambar tengah panas, nak buka mata pun payah demi content mak dia! I surrender katanya.. hahahaha.
“Jangan risau, mommy tak kejam masih di bawah payung under my umbrella ella ella ella eh eh eh,” tulis Anzalna berseloroh menerusi perkongsian foto Emirhan yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya.
Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat mahukan Anzalna melahirkan lebih banyak ‘junior’ Anzalna dan Hanif kerana terpikat dengan kecomelan anak-anak aktres tersebut.
“Tolonglah beranak ramai-ramai sis, yang keluar makin comel.
“MasyaAllah comelnya kamu Emirhan.
“Ya Allah, anak Turki ni kan.
“Ya Allah, macam pak Arab, mancung gebu putih gila comelll.
“Comel macam baby mat saleh,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, Anzalna berkahwin dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan, empat bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Diana Danielle yang berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah bersama suaminya, aktor Farid Kamil yang turut disertai dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, baru-baru ini tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya.
Diana berkata, suami menjadi antara pendorong terbesar selain menyifatkan keberadaannya di sana adalah sebagai proses untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Pengalaman pertama saya dan anak-anak, tetapi ini umrah kedua buat Farid. Sudah pasti apa yang membuatkan saya rasa teruja adalah apabila kita bawa anak-anak bersama ke Tanah Suci. Malah untuk saya sendiri adalah untuk insafi diri, alhamdulillah.
“Farid memberikan motivasi kepada saya sebenarnya. Jujurnya dia melihat saya dan anak-anak sudah banyak pergi serata destinasi tetapi katanya, saya masih lagi belum ke sebuah tempat yang terbaik di dunia.
“Sebelum kita berikan pendedahan yang lebih lagi kepada anak-anak kepada dunia, apa kata kita bawa mereka bersama ke rumah Allah. Bagi mereka mengenali siapa diri dan tahu kita hidup untuk apa.
“Saya menyukainya sementelah anak saya pun sudah berusia 10 dan lapan tahun. Rasanya ini masa sesuai. Untuk mereka raih pengalaman bermakna sambil kita sebagai penjaga ada kudrat yang masih kuat ini,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai perasaan anak-anak sejurus mengetahui mereka turut berpeluang melakukan umrah pada usia yang muda, mereka menyambutnya dengan baik.
“Muhammad sangat teruja. Mungkin ada kanak-kanak yang masih belum memahami keberadaan mereka di sana, tapi ia berbeza untuk anak sulung saya. Sebelum ini pun anak-anak banyak tonton video jemaah yang sedang tunaikan haji dan umrah.
“Pada sama sama sebelum berangkat, kita semua ada hadiri kelas umrah juga. Penting bagi mereka juga untuk jaga diri dan berdisiplin sepanjang berada di sana. Tak adalah nanti ia menyulitkan kita untuk buat ibadah,” katanya lagi.
Selain mahu memberi fokus kepada ibadah, Diana juga tidak menafikan ini masa terbaik untuknya menitipkan doa yang baik-baik untuk keluarga di depan Kaabah.
“Saya mendoakan agar dikurniakan keluarga yang sihat, bahagia dan apa segala jenis ujian yang Allah SWT berikan, semoga kita kuat untuk hadapi.
“Saya tidak boleh menjanjikan kita akan jalani sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi apa yang saya cuba untuk doakan ialah, walau pun ia sukar, insyaAllah kita boleh harungi bersama-sama.
“Lagi satu, saya berdoa semoga kerjaya suami saya makin bersinar dan berjalan dengan baik, insyaAllah,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dengan filem terbaharu Imaginur yang ditayangkan 23 Februari depan, arahan Nik Amir.
“Saya berharap Imaginur berjaya menambat hati penonton, sebab saya tahu ini naskhah yang baik. Saya suka dengan skripnya namun saya tidak boleh nak kongsikan lanjut. Cuma apa yang boleh saya beritahu, ‘plot-twsitnya’ memang mengujakan.
“Imaginur mengisahkan kehidupan seorang lelaki muda yang ‘berputar’ di luar kawalan dan cuba mendapatkan semula fokus dengan mencari rawatan hipnosis. Keadaan mula berubah apabila gadis dari mimpinya muncul di dalam kehidupan sebenar.
“Ketika dia cuba mengenal pasti siapa wanita misteri terbabit, jejaka ini mula jatuh cinta dan belajar mengenali dirinya. Kena tonton untuk ketahui apa kesudahannya,” katanya.
Naskhah yang diterbitkan oleh oleh Lumatic Films ini turut menyaksikan penglibatan pelakon hebat lain antaranya Beto Kusyairy, Afdlin Shauki, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Mior Hashim Manap, Rahim Razali dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...