Uncategorized

“Jangan Perkecilkan Perjalanan Orang Lain,”- Ramai Persoal Keputusan Berhijab Selepas Lancar Lagu Solo, Syasya Rizal Luah Rasa

Share

Penyanyi Syasya Rizal meluahkan rasa terkilan apabila keputusan untuk berhijab dipersoalkan segelintir pihak selepas dia melancarkan single terbaharu berjudul Different, baru-baru ini.

Menurut Syasya, terdapat individu yang mendakwa penghijrahannya itu sekadar mengikut trend atau fesyen, sedangkan keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang dibuat secara terburu-buru.

“‘Beza sekarang cover rambut sahajalah?’. Ia mungkin nampak kecil bagi kamu tapi ia langkah yang sangat besar buat saya.

“Ia memerlukan usaha berbulan-bulan, doa dan keyakinan untuk akhirnya mula berhijab,” tulisnya.

Perkongsian itu dibuat oleh bekas anggota kumpulan Dolla tersebut menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Keputusan Berhijab Bukan Sesuatu Yang Mudah

Dalam masa sama, Syasya menegaskan keputusan untuk berhijab merupakan satu proses yang panjang dan memerlukan pertimbangan yang mendalam, bukannya dibuat dengan mudah seperti yang disangka sesetengah pihak.

“Jadi, jangan perkecilkan perjalanan seseorang dengan komen-komen macam ‘tak lama lagi tercabutlah tudung tu?’. Seeloknya doakanlah yang baik-baik.

“Apa yang nampak mudah bagi awak, mungkin satu perjuangan besar bagi orang lain. Kita semua diuji dengan benda yang berbeza di dalam hidup,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/different-jadi-fasa-perubahan-syasya-rizal-kini-lebih-matang-sebagai-isteri-ibu-artis-solo-keutamaan-kita-mungkin-berubah-tapi/

Jangan Bandingkan Perjuangan Orang Lain

Syasya turut berpandangan setiap individu mempunyai ujian dan cabaran yang berbeza dalam kehidupan. Justeru, dia berharap tiada pihak yang membandingkan perjalanan hidup seseorang dengan perjuangan diri sendiri.

“Tak perlulah bandingkan perjuangan sampai rasa perjuangan sendiri lagi besar daripada orang lain.

“Pada akhirnya, saya hanya berusaha untuk menjadi diri yang lebih baik berbanding semalam. Itu sudah mencukupi buat saya,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, Syasya melancarkan lagu baharu berjudul

Different, hasil ciptaannya bersama Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi dan Naim Daniel.

Menerusi video muzik lagu tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil menari sambil mengenakan hijab, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf