MH sedar sejak kes pergaduhan di antara sahabat yang hangat diperkatakan di Media Sosial telah membuatkan ramai netizen mula ketakutan.

Rata-rata memberitahu mereka seakan fobia melihat pergaduhan yang tercetus apabila seorang kawan baik boleh membuka segala rahsia yang pernah di cerita kepadanya hanya kerana berlakunya sedikit salah faham.

Penuh di ruangan page MH netizen-netizen berkongsi pandangan mereka tentang situasi ini.

Malah, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka melalui situasi yang sama seperti ini.

Paling MH tertarik mata membaca tweet seorang gadis bernama Irnie Nadia, menurutnya situasi ini membuatkan dirinya sedar macam mana baik sekalipun kita dengan seseorang itu, jangan cerita 100% tentang diri kita kepadanya kerana macam-macam perkara boleh berlaku.

IKLAN

Malah, Individu ini turut memberitahu apabila berkawan, seseorang itu harus berpada-pada.

Dalam pada itu, dia tidak menolak sahabat sebenar seseorang adalah ahli keluarga kita sendiri, suami, isteri atau anak-anak.

Irine turut mendoakan agar kita semua dijauhkan dengan isu-isu sebegini.

IKLAN

Bukan Irine sahaja, sebenarnya masih ramai juga yang berkongsi pandangan mereka tentang persahabatan…

IKLAN

Bagi MH sendiri, isu ini tidaklah hanya terjadi kepada mereka berdua sahaja. Sebenarnya ramai juga individi yang melalui situasi yang sama seperti ini.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI