“Jangan Pandang Ku Sebelah Mata,” Gendong Aliff Syukri, Gelagat Datin Shahida Bikin Netizen Pecah Perut

Share

Bukan calang-calang isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, walau penuh kelembutan, kudratnya jangan diduga.

Mengendong Aliff Syukri yang baru sahaja sembuh daripada sakit, kata Datin Shahida, walaupun berat, namun ini tanggungjawabnya kerana kesihatan suami masih belum mengizinkannya untuk bergerak aktif. 

Jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna namaku wanita.

“Nampak tak saya gendong aliff syukri….walaupun berat yg amat saya kira dia berat tulang + berat dosa.

Maklum la dia x boleh angkat barang berat2 sebab kesihatan x mengizinkan tapi saya lah yg pikul tanggungjawab mengendong suami sebab nak juga ada feeling romantik kat situ….

“Siapa nak makan harumnita komen cepat!!”

Terhibur dengan gelagat pasangan ini, netizen mendoakan agar kedua-duanya terus bahagia.

Namun, ada yang menyarankan agar wanita besi ini tidak terlalu mengangkat beban yang berat kerana boleh mengakibatkan masalah di kemudian hari.

Foto – Instagram Shahida

 

IKLAN