Beberapa hari lalu heboh di media sosial berhubung isu kontroversi yang melibatkan penyanyi, Aiman Tino ditampar oleh pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud.

Menurut laporan daripada Astro Gempak, sebagai kakak kepada Fazlina, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy mengakui kecewa apabila adiknya terpalit dengan kontroversi tersebut.

Rentetan daripada hal itu, Ogy berkata dia ingin berjumpa dengan penyanyi tersebut serta pihak pengurusannya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan apa yang telah terjadi untuk menyelesaikan hal itu.

IKLAN

Namun begitu hasratnya untuk membantu adiknya menyelesaikan perkara itu dihalang oleh Fazlina kerana dia ingin menyelesaikannya sendiri.

“Selepas mendapat berita itu saya terus bertanyakan kepada Fazlina mengenai perkara sebenar yang berlaku.

 

“Dia menjelaskan perkara sebenarnya yang terjadi dan saya turut mengingatkan dia supaya jangan nak memalukan mak dan ayah dengan kontroversi yang berlaku.

 

“Saya memang tidak suka apabila adik saya dikaitkan dengan perkara sebegitu dan saya tidak mahu dia terlibat dengan perkara yang tidak boleh mendatangkan manfaat.

 

“Saya sebenarnya ingin berjumpa dengan pihak pengurusan Aiman untuk selesaikan perkara ini namun adik saya menghalang dan dia ingin menyelesaikan perkara itu sendiri tanpa saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, kontroversi Fazlina menampar Aiman Tino heboh di media sosial dan menurut Aiman dia tidak marah dengan Fazlina kerana menamparnya malah dia berterima kasih kerana tindakannya itu membuatkan dia lebih menjiwai wataknya sehingga mengeluarkan air mata.

IKLAN

Dalam pada itu, Fazlina juga menjelaskan bahawa dia menampar Aiman hanya bertujuan untuk membantu penyanyi itu menjiwai wataknya.

Katanya lagi, dia hanya menggunakan teknik sentuh pipi dan menolak muka Aiman manakala bunyi tamparan itu pula datang daripada pahanya sendiri yang ditepuknya.

IKLAN

Tambahnya lagi selepas selesai babak tersebut, dia juga telah meminta maaf kepada Aiman.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI