“Jangan Lalai Dengan Pujian, Usaha Dan Terus Usaha,” – Pesan Suami, Pekin Ibrahim Sempena Hari Jadi Mona Allen Yang Ke-34

Share

Masih dalam mood pengantin baru, Pekin Ibrahim hari ini ada berkongsi dedikasi teristimewa  buat isteri tercinta, Mona Allen yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini.

Dedikasi ucapan itu dikongsi aktor itu menerusi Instagram.

Di dalam ucapannya, pelakon tersebut turut meminta agar netizen mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Happy Birthday to my wife .. semoga kalian semua doa yg baik baik ok . terus sukses dalam kerjaya sebagai anak seni dan kena kuat menempuh hari hari mendatang.

“Sentiasa merendah diri , jadi diri sendiri , jangan lalai dengan pujian , sentiasa belajar utk jadi lebih baik , hargai mereka yg sentiasa memberi sokongan , hargai kerja org lain , usaha dan terus usaha.

“I know u can do it .. always di belakang u,” tulis Pekin.

Terdahulu, pasangan selebriti ini telah pun mendirikan rumah tangga secara tertutup awal Disember lalu.

Foto: Instagram Pekin/ Mona Allen

 

IKLAN