“Jangan Kerana Nafsu Kita Buang Maruah Diri,”- Kesal Isu Buang Bayi, Iesya Toh Mahu Bantu Ibu Terlanjur

Share

Pengacara, Iesya Toh meluahkan rasa kecewa berhubung isu pembuangan bayi yang berlaku baru-baru ini.

Menurut Iesya, tindakkan tersebut disifatkan terlampau kejam dan kita sepatutnya lebih harus takutkan Allah berbanding orang lain.

“Maaf dengan perkongsian pics ini. Tak sanggup nak lihat, lagi & lagi & lagi. Gadis-gadis yang hamil luar nikah, anda tak perlu buang anak-anak itu sekejam ini.

“Takut? Pada siapa? Sedangkan Allah melihat semuanya. DIA yang perlu kite takuti sebelum terlanjur melakukan perkara-perkara ini.

“Kekasih yang patut bertangungjawab melarikan diri? Atau janji akan mgahwini cuma bukan sekarang? Okay.

“Tapi sedar tak macam mana masa depan anak ini? Dia tetap anak TIDAK SAH TARAF,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Iesya menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Iesya turut menjelas bahawa dia sedia membantu para ibu yang telah terlanjur bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik selepas ini.

“Jangan la kerana nafsu, kite buang maruah diri. Jangan. Ramai gadis lain yang menyesal kerana BF yang hamilkan mereka tak ada masa depan.

“Kite perempuan perlu jaga diri. Apepun DM kak Sya. Alhamdulilah buat setakat ini 18 babies berjaya diselamatkan dan ibu-ibu mereka sudah pun menjalani kehidupan yg lebih positive.

“I’m here to help, not to judge. Hugs,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gerem saat mengetahu berita pembuangan bayi tersebut.

Terdahulu, pihak polis daerah Tangkak mengesahkan bahawa mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam.

Bayi yang masih bertali pusat seberat 2.6 kilogram itu ditemui di longkang Jalan Kebun pada Isnin.

Sumber: Instagram Iesya Toh

IKLAN