“Jangan Hina Periuk Gelap Ni,”- Win! Datin Zizie Izette Tidak Malu Pun Tunjuk Periuk Kesayangan

Share

Pelakon, Datin Zizie Izette ada berkongsi momen InstaStory ketika dia sedang memasak di dapur menerusi akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Walaupun bergelar status Datin dan isteri kepada ahli politik, Zizie tidak berasa malu dan kekok untuk berkongsi periuk kesayangan miliknya bersama peminat.

“Sup tulang. Jgn hina periuk gelap ni. Ni periuk kesayangan.”tulisnya.

Untuk rekod, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.

Kemudian, Zizie timang lagi seorang cahaya mata perempuan bernama Aalisa Belle Izette pada 1 Mac lalu.

Baguslah Zizie ni, sentiasa bersikap merendah diri dan penyayang. Dah lah cantik dan pandai memasak pula tu. Bertuah suami!

Video : Instagram Zizie Izette

IKLAN