“Jangan Hina Anak Kita Tau,”- Anak Dapat 6D, Sharifah Shahira Bilang Jangan Hina, Yang Penting Hormat Orang Tua

Share

Memuat naik keputusan peperiksaan PT3 anaknya, Airell di laman Instagram, jelas Sharifah Shahira, jangan sesekali menghina walau apa pun yang berlaku.

Meski kurang daripada segi pembelajaran, namun dia mengharapkan agar anaknya itu membesar menjadi anak yang baik.

“Dari zaman mak dia sampai laa ke anak
D je. Apa ni…adoiiiii.

“Dah cakap kat somi suh pergi pagi2 amik
Satu je A. Jangan hina anak kita tau.. Kita pun macam tu dulu.

“Tapi kita bayar tax. Rajin gi umah org kawin. Rajin gi spital tengok orang sakit
Bergantung kalau tak busy.

“Nanti kita ajar anak kita sekolah hidup


Supaya hormat org tua..dan tak macam org lain komen kecikkan hati orang..Hidup gelak ketawa dan kecewa..biasa ye.

“Tahniah yang dapat A. Jauhi DADAH.. banyak D ni,” tulisnya yang mesra disapa sebagai Shiera.

Nyata perkongsian sarat humor dari penyampai radio ini memberi inspirasi kepada netizen agar tidak memandang anak-anak hanya daripada segi pembelajaran.

Shiera dan Ijoy berkahwin pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Foto : Sharifah Shahira

IKLAN