Pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Ustaz Kazim Elias menyifatkan tindakkan merehatkan pendakwah, Ustaz Don daripada muncul di kaca televisyen sebagai satu kerugian besar.
Menurut Ustaz Kazim, Ustaz Don yang juga merupakan anak muridnya itu mempunyai kelebihan menarik minat banyak pihak terutama golongan muda untuk lebih mendekati agama.
“Ustaz Don merupakan anak murid saya sebelum dia ke Al-Azhar. Dia merupakan seorang pendakwah yang mempunyai cara penyampaian yang mudah difahami.
“Anak-anak muda boleh ikut dengan bahasa, sopan-santun dan lemah lembutnya. Dia berjaya menarik minat ramai orang.
“Bagi saya, ia merupakan satu kerugian yang besar jika Ustaz Don tidak boleh bercakap di saluran media utama lagi.
“Memang kita ada media sosial, tapi orang tetap nak melihat kita di saluran media utama seperti televisyen, radio dan sebagainya,” katanya kepada MH.
Ustaz Kazim berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim yang berlangsung di Starling Mall, Petaling Jaya pada Jumaat.
Ads
Bagaimanapun, penceramah asal Manjoi, Perak ini menganggap perkara yang menimpa Ustaz Don ini sebagai asam garam dalam usaha dakwah.
“Jadi, mungkin ada penjernihan yang perlu dibuat oleh Ustaz Don. Ketika ini, pihak JAKIM pun dah panggil dia dan Mufti Wilayah juga telah berikan kenyataan.
Ads
“Saya juga pernah kena gam. Namun, saya hormat keputusan tersebut dan saya harus perbetulkan semula kesilapan saya.
“Saya percaya, bila kita buat yang terbaik, saluran seperti tv dan radio akan panggil kita balik. Begitu juga dengan masyarakat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut berharap agar masyarakat tidak terus menghukum Ustaz Don dan memberi peluang kepada beliau untuk memperbetulkan keadaan.
“Dalam isu ini, kita kena ada kelapangan hati. Bagi pihak masyarakat pula, janganlah terus menghentam dia seolah-olah dia tidak pernah berbuat baik.
Ads
“Apa salah Ustaz Don sampai nak kena maki hamun. Kalau betul salah, kita berjumpa dan nasihat dengan baik,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ustaz Kazim turut percaya yang Ustaz Don mampu menghadapi dugaan ini dengan baik.
“Saya tiada hubungi dia pun. Cuma dia ada mesej saya perjalanan program Salam Baitullah. Saya pun tak nak balas atau serabutkan fikiran dia.
“Saya tak nak tambah tekanan dia lagi. Saya tahu, Ustaz Don merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Andai kata direhatkan, dia akan akur.
“Dia bukan jenis melawan. Jadi, tak perlu saya nasibat sebab dia tahu apa yang perlu dibuat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Noor Neelofa Mohd Noor, adalah seorang wanita yang berjaya bukan sahaja disebabkan bakatnya dalam industri seni, malah dia juga merupakan seorang usahawan tudung yang terkenal.
Malah, Neelofa berjaya menjadi artis yang mempunyai pengikut paling tinggi di Instagram dengan 8.6 juta pengikut. Sudah pasti ramai yang mengikutinya ingin mengetahui perkembangan semasa wanita cantik itu kan?
Paling mengejutkan meski mengumumkan dirinya sudah berniqab dan berpurdah, nama juara Dewi Remaja 2009/10 itu tidak hilang bisanya, malah menjadi lan syarikat-syarikat antarabangsa yang mendambakan Neelofa sebagai model syarikat mereka.
Sehingga ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ dan Swarovski meletaknya antara yang paling berjaya dan disegani.
Di atas kejayaan itu juga, bekas pelakon dan pengacara cantik ini sering menjadi buah mulut apabila statusnya kini dikatakan layak digelar sebagai jutawan muda.
Menurut Neelofa, dia sentiasa amalkan empat perkara ini, jika ingin berjaya dalam perniagaan. Apa empat perkara itu? Jom semak!
Adakah anda sering merasai kurang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru buat kali pertama? Namun, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, cabar diri untuk tidak berada di takuk yang sama.
Di dalam alam perniagaan sentiasa harus positif. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki ke arah yang lebih baik. Jangan biar fikiran yang negatif menganggu anda, belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.
Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu di mana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu.
Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri.
Kejayaan milik semua orang, yang pasti haruslah berusaha!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber : era.fm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Nora Danish cuba untuk mengawal sebaiknya mengenai kisah rumah tanggannya bersama ahli perniagaan, Nedim Nazri, yang didakwa sedang dilanda badai.
Menurut Nora, 42, apa yang berlaku biarlah hanya mereka yang mengetahuinya, meski pasti wujud pelbagai spekulasi terhadap kenyataan yang pernah dikeluarkannya.
“Biar luaran nampak kita yang buruk, kerana dari dulu saya bukan jenis yang suka mengaibkan orang. Kerana diri sendiri pun bukan sempurna.
“Masalah keluarga biar saya sahaja yang telan. Apabila kita membuat pilihan untuk berdiam dan bertapis, terlalu banyak spekulasi timbul sampai dituduh bermacam-macam.
“But Alhamdullilah im well prepared. I will take all the blame. Asalkan semua pihak bahagia. Doa yg baik baik buat semua pihak. Allah sebaik baik perancang,” luahnya.
Perkara itu dikongsikan Nora menerusi satu status yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Khamis.
Nora pada masa sama menjelaskan, sebagai selebriti, dia cuba menjawab yang terbaik setiap persoalan media.
“Dan semua semua kena aware, kita ni celebrity, nak taknak bila diajukan soalan, out of respect kepada rakan media, we need to atleast bagi sepatah dua kata.
“Kerana merekalah dari dulu hingga kini yang sentiasa support industri kami, baik mahupun buruk.
“Begitu juga dengan supporters Nora yang tanpa henti mendoakan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
“Percayalah, berat mata memandang, berat lagi bahu yg dipikul,” jelasnya lagi.
Terdahulu Nora ketika ditemui pada Ahad berkata, buat masa ini tiada sebarang kenyataan baharu akan dibuat, sebaliknya bakal berkongsi perkembangan lanjut apabila sudah tiba masa sesuai.
Nora sebelum ini tidak menafikan perkahwinannya dengan Nedim yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai seorang wanita, sudah pasti antara perkara utama yang dititkberatkan adalah kecantikan. Terutamanya jika anda merupakan wanita bekerjaya yang sering berurusan dengan orang lain atas tuntutan kerja.
Sebagai seorang ‘public figure’ pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau nama pentasnya Mira Filzah yang cukup terkenal kerana memiliki kecantikan semulajadi hingga membuatkan banyak mata terpesona melihatnya.
Malah, Mira juga tidak terkecuali mengalami masalah kecantikan seperti jerawat dan kulit kusam. Namun, usah khuatir! Kerana pelakon jelita, Mira Filzah mempunyai remedy tersendiri menyelesaikan masalah ini.
Ini tiga tips mudah, untuk para wanita kekal kelihatan segar sepanjang hari meski ketika sedang bekerja.
“Lagi satu tips yang saya selalu amalkan adalah lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman manis.
“Tak kiralah air manis itu rasa sedap macam mana pun, tapi air masak jugalah yang paling baik dan bagus untuk badan kita.
“Yang paling penting, itu merupakan antara cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita supaya tidak kelihatan kusam,” ujarnya.
“Kadang-kadang jika shooting outdoor seperti di kawasan kampung, suasana di sana agak panas dan menyebabkan kulit muka menjadi kering.
“Jadi untuk pastikan kulit sentiasa nampak segar, saya tidak mengguna petua yang susah, cukuplah dengan hanya memakai krim pelindung matahari dan juga pelembab,” jelasnya.
Selain itu, Mira juga mengingatkan wanita di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Dah tahu cara nak elakkan muka kusam kan? Jangan lupa amalkan apa yang disarankan oleh Mira tu ya. Barulah lepas ni kulit tak nampak lesu dah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...