“Jangan Hanya Raya Luaran Jika Dalaman Masih Tidak Menang,” – Zizan Razak

Share

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak ada memuat naik sebuah entri bertanyakan kepada para pengikutnya mengenai erti raya sebenar dalam hidup mereka.

Menurut Zizan, adakah kita semua hanya beraya bersandarkan pada ‘baju baru’ atau pun dengan amalan kita selama ini.

“Hampir raya sudah kita. Maksud raya anda bagaimana?

“Hanya dari berbaju raya anda beraya?

“Atau kerna amalan anda hati beraya?,” tulisnya.

Tambahnya lagi, apalah guna kita beraya sekiranya dalaman kita masih ditakuk lama dan tidak pernah berubah.

“Jangan hanya raya luaran jika dalaman masih tidak menang,” kongsinya lagi.

Posting tersebut dikongsikan Zizan menerusi akaun Instagram milliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berpendapat posting tersebut membuatkan mereka berfikir sejenak selain turut menitipkan ucapan Aidil Fitri buat palakon berusia 36 tahun itu.

Sumber: Instagram Zizan Razak

IKLAN