Tidak dinafikan, rata-rata selebriti di negara ini menjadikan aplikasi perkongsian foto, Instagram sebagai medium untuk berinteraksi bersama peminat menerusi setiap foto aktiviti seni yang dimuat naik.

Malah, daripada situlah juga, selebriti dalam menjawab atau membalas setiap komen yang diberikan para peminatnya.

Bagaimanapun, situasi tersebut nyata berbeza dengan pelakon cantik, Izara Aishah yang mengakui, prinsip tersebut bukanlah sesuatu yang sinonim bagi dirinya.

IKLAN

Menurut Izara, para peminat masih boleh memberikan sebarang komen menerusi sebuah lagi akaun miliknya yang turut tersimpan arkib gambar produk lipstik kendaliannya, @MadameIzara.

IKLAN

“Saya sudah pun tutup komen di Instagram saya @izaraaishahofficial lebih setahun lalu. Kalau ditanya sampai bila nak tutup, mungkin saya akan tutup selama-lamanya,” katanya yang turut mengakui, dia berbuat demikian kerana tidak suka untuk ambil tahu apa yang difikirkan orang luar mengenai dirinya.

 

“Saya tutup sebab tak minat nak ambil tahu apa pandangan netizen mengenai diri saya. Malah, saya juga takut dan tak suka untuk baca setiap komen melampau yang diberikan,” akui Izara kepada MH.

Pada masa sama, pelakon filem J Revolusi ini juga mengakui sejak menutup ruangan komen, kehidupannya lebih tenang dan bahagia.

IKLAN

“Sejak berbuat demikian, rasanya kehidupan saya lebih tenang dan bahagia daripada membaca komen yang bukan-bukan.”dedahnya.

Terangnya lagi, dia lebih gemar andai apa sahaja pandangan orang yang mahu diberikan kepadanya disampaikan secara berdepan, bukan hanya berani di balik media sosial.

“Kalau ada benda yang mahu ditanya, lebih baik tanya secara berdepan. Jangan berselindung di sebalik akaun palsu atau berani hanya di media sosial sahaja.

 

“Rasanya itu lebih baik,” kata Izara yang bakal sibuk di lokasi drama rantaian, Jodoh-Jodoh Anissa tidak lama lagi.

Foto: Instagram Izara Aishah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI