“Jangan Degil Lagi,”- Sudah Keluar Hospital, Ini Nasihat Netizen Buat Zul Ariffin

Share

Pelakon popular, Zul Ariffin sebentar tadi baru berkongsi yang dirinya kini sudah bernasur sembuh dan telah pun keluar daripada hospital.

Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatannya sepanjang terlantar di hospital.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Zul menerusi laman Twitter miliknya;

 

“Thank you all for your messages, texts and calls. I’m sorry I couldn’t reply all of them, but I read each and every one. InsyaAllah will come back stronger than before. Thanks once again!,” tulisnya.

Tambahnya lagi, walaupun tidak sempat untuk membalas semua ucapan yang diberikan oleh peminat, dia tetap membacanya satu per satu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen gembira mendengar perkhabaran tersebut selain turut meminta Zul supaya lebih peka dengan  kesihatannya selepas ini.

Baru-baru ini, pelakon filem Misteri Delalila itu terpaksa berehat di hospital selepas didapati berada di dalam keadaan sangat lemat akibat terlalu kuat bekerja.

Sumber: Twitter Zul Ariffin

IKLAN