“Jangan Cakap Siti Nurhaliza Tak Pernah Berlakon,”- Sudah 16 Tahun, Peminat Imbau Lakonan Tok Ti Dalam Drama Syawal Datang Lagi

Share

Bagi yang anda pernah menonton drama Syawal Datang Lagi, sudah pasti ada melihat figura terkenal, Datuk Siti Nurhaliza menjadi seorang pelakon dalam drama tersebut.

Difahamkan, drama berkenaan telah disiarkan di saluran TV2 sekitar tahun 2004.

Terbaru, terdapat seorang peminat telah berkongsi potongan rakaman video drama berkenaan di akaun Twitter miliknya.

“Dah nak raya ni, throwback kejap drama Syawal Datang Lagi.

“Jangan cakap siti nurhaliza tak pernah berlakon ok,” tulisnya.

Lantas, lakonan penyanyi Anta Permana ini mendapat perhatian daripada netizen.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen memuji penyanyi berusia 41 tahun itu memiliki bakat dalam lakonan.

Imbas kembali, drama raya tersebut turut dibintangi Siti Nursaerah serta rakan selebriti seperti Ziana Zain dan Anuar Zain.

Siti juga sebelum ini juga pernah terlibat di dalam beberapa projek lakonan dan teater lain sebelum ini.

Video: Twitter Saufi Mazlan

IKLAN