Sudah menjadi lumrah apabila bergelar selebriti pasti banyak mata yang akan tertumpu kepada mereka dan setiap perlakuan pasti mendapat komen sama ada dari sudut positif atau negatif.

Pelawak popular, Achey juga tidak terlepas daripada komen-komen negatif di media sosial. Sudah tujuh tahun Achey berumah tangga namun rezeki untuk mendapat cahaya mata masih belum berpihak kepadanya.

Ada juga segelintir netizen yang melemparkan komen negatif sehingga tergamak menuduh Achey dan isteinya mandul.

‘Jangan Cakap Ikut Suka, Takut Berbalik Pada Diri’ – Achey Nasihat Netizen Berkenaan Isu Mandul

IKLAN

MH kadang-kadang bingung dengan segelintir netizen yang dengan begitu mudah menjatuhkan hukum terhadap orang lain.

Achey menerusi satu sumber berkata kepada semua agar menjaga mulut ketika memberi komen.

“Jagalah mulut apabila beri komen jangan sesuka hati tuduh orang mandul,” katanya kepada Harian Metro.

Walau bagaimanapun Achey berkata, dia dan isteri sudah lali dengan segala komen seperti itu.

IKLAN

“Mungkin mereka tidak pernah merasai apa yang kami lalui. Saya dan isteri sebenarnya tidak kisah kerana pada usia perkahwinan kami tiga tahun lagi macam-macam orang cakap.

 

“Cuma janganlah cakap ikut suka saja, takut nanti perkara itu berbalik pada diri sendiri. Kalau bukan diri sendiri mungkin pada anak, adik-beradik atau saudara-mara,” katanya lagi.

‘Jangan Cakap Ikut Suka, Takut Berbalik Pada Diri’ – Achey Nasihat Netizen Berkenaan Isu Mandul

Dalam pada itu, Achey berkata dia tidak pernah putus asa untuk berusaha mendapatkan zuriat dengan mencuba pelbagai rawatan atau petua. Achey juga menambah lagi, dia dan isterinya menganggap situasi yang dialaminya ini adalah ujian daripada yang Maha Esa.

IKLAN

“Kami tetap positif dan menganggap ini sebagai ujian dari Allah. Ada yang diberikan kesenangan tetapi bukan kebahagian dengan anak tetapi ada juga merasai kegembiraan mempunyai zuriat sendiri namun kurang dari segi kewangan,” katanya.

Bagaimanapun Achey berterima kasih semua dan menghargai individu yang sentiasa mendoakan dirinya bersama isteri.

MH doakan agar Achey dan isteri dikurniakan zuriat tidak lama lagi dan jangan pernah mengalah untuk terus berusaha. Setiap usaha pasti ada hasilnya.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI