Penyampai radio, Fizi Ali menasihati orang ramai agar tidak terlalu mementingkan diri sendiri ketika ‘pembelian panik’ di sesebuah pasar raya atau premis.
Fizi bersama isteri, Shakilla Khoriri terkilan apabila penggunaan troli telah habis digunapakai orang ramai ketika mereka mahu membeli barangan keperluan.
Lantas, mereka terpaksa menggunakan inisiatif lain iaitu ‘baby stroller’ sebagai ganti.
Ads
“Bila ramai duk tanya pasal barang makan semua dah simpan ke belum..kitaorang terus panik pergi la cari barang makan..sampai je ya allah berpusu pusu orang masuk…rasanya barang masih ada cuma beratur panjang sgt.
“Jadi kepada yang tengah shooping tu satu je pesan abam..jaga keselamatan dan ingat la orang lain yang tak beli lagi k,jangan borong semua..kesian yang tak dapat membeli tu,” tulisnya.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, Fizi merakam suasana di premis berkenaan yang dipenuhi orang ramai dan barangan keperluan dilihat semakin berkurangan.
Ads
Pasaraya atau premis dibanjiri orang ramai bermula semalam dalam ‘pembelian panik’ terutama bekalan makanan dan barangan keperluan susulan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 hingga 31 Mac ini.
Video : Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mahu mengabadikan memori indah arwah Abam menerusi sebuah lagu, penyanyi dan komposer Ippo Hafiz menghasilkan sebuah karya indah.
Mengambil judul #Kitabaikramaisayang, ia cukup sentimental apabila menggabungkan suara dua sahabat baik, Achey dan Fad.
Jelasnya, walaupun dihasilkan dalam masa singkat, namun karya indah ini adalah hadiah buat semua peminat arwah Abam atau nama sebenarnya Allahyarham Syed Umar Mokhtar itu.
“Doa & hajat dari ramai peminat yang mahu saya hasilkan lagu untuk Arwah @abam_bocik , kita terhasil lah atas gabungan Saudara & Sahabat @acheykintangkintung & @fadbocey , Turut bersama menjayakan Proses Rakaman Music Video ialah @sissyimann yang sangat talented.
“Kami mengambil masa yang singkat & teliti untuk menyiapkan Karya indah ini buat semua. Semoga niat murni kami ini ramai yang mendoakan dan menyokong!
“Beberapa hari saja lagi Music Video akan ada semua boleh menonton & sharekan pada semua. Ramai yang menyokong tajuk lagu : #Kitabaikramaisayang. Kerna Hashtag ini di cipta oleh Arwah @abam_bocik . AL Fatihah untuk nya,” kongsinya menerusi laman Instagram.
Pelawak Harith Iskander bermurah hati menghulurkan sumbangan topeng muka (mask) dan bekalan makanan kepada petugas di Ibu Pejabat Polis Negeri (IPK) Shah Alam.
Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia berbuat demikian kerana pihak polis merupakan pejuang barisan hadapan (frontlines) yang telah membuat rondaan siang dan malam bagi memantau rakyat Malaysia.
Malah, ia bagi menghargai jasadan sumbangan para wira negara bersempena Hari Polis Ke-213.
“Saya telah menyumbangkan topeng muka (mask) dan bekalan makanan kepada YDP DCP Dato Arjunaidi, TKP Selangor dan anggota yang lain.
“Mereka merupakan frontlines yang bertungkus-lumus dalam melindungi penularan wabak Covid-19
“Sumbangan ini tidaklah banyak mana, tetapiia menjadi istimewa kerana hari ini merupakan Hari Polis Ke-213.
“Also present were YDH SAC Datuk Hj Sulaiman (Ketua Jabatan Pengurusan) and YDH Supt Abdul Ghafor (Pegawai Turus Pentadbiran) Thank YOU to those who have contributed to the @thehopebranch.my Covid19 Fund Raising effort – your donations are making an immediate difference.
“Kepada mereka yang mahu menyalurkan sumbangan, boleh bank in ke: MAYBANK 514235670912 or click the link in my bio. Every single donation helps and we will do our best to translate that into real results,” tulisnya panjang lebar.
Meski hari ini merupakan sambutan Hari Polis ke-213, namun ia tidak dapat diraikan seperti tahun-tahun sebelumnya berikutan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, demi menjaga keamanan dan keselamatan negara, wira negara ini sentiasa disanjung tinggi.
Selamat Hari Polis Ke-213!
Foto: Instagram Harith Iskander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Di kala seluruh rakyat Malaysia berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga membataskan segala rutin termasuk urusan perniagaan, timbul pelbagai tohmahan terhadap segelintir netizen yang dilihat menggunakan kesempatan ini untuk memasak untuk keluarga, kemudian berkongsi di laman sosial.
Golongan individu berkenaan didakwa tidak sensitif dan tidak menjaga hati segelintir yang bergelut dengan masalah kewangan.
Ulas Fedtri Yahya, mengapa perlu ‘mengintai’ kehidupan orang lain dan mengecam tindakan seseorang menjalani kehidupannya bersama keluarga.
Tegasnya, Allah telah menetapkan rezeki yang berbeza terhadap semua hamba-Nya dan bersangka baiklah sesama insan. Tidak perlu membandingkan diari hidup orang lain dengan kehidupan diri sendiri.
“Bayangkan! Anda masuk ke rumah orang tanpa diundang, kemudian maki-maki kenapa orang tu masak sedap-sedap sedangkan anda ….
“Samalah juga. Kita asyik ‘merayau’ ke laman peribadi orang lain, lepas tu sibuk nak kecam orang tengah masak, kecam orang tunjuk makanan dengan hujah: kasihanilah orang yang tak mampu! Rezeki orang berbeza-beza. Sangka baik. Ramai yang suka sedekah dan tak hebahkan.
“Salahnya kita! Sibuk nak mengintai diari hidup orang lain, akhirnya diri sendiri yang sakit sebab kehidupan dilihat tak seindah orang lain. #muhasabah #jagahati,” jelasnya.
Terdahulu, tular di laman sosial apabila segelintir netizen mengkritik rakyat Malaysia yang didakwa tidak pandai berjimat dan tidak menjaga sensitiviti keluarga lain yang kesempitan kewangan apabila sering memuat naik pelbagai hidangan masakan di rumah.
Malah isu menggunakan tepung dan telur untuk membuat kek dan kopi viral turut didakwa sebagai pembaziran kerana terdapat negara lain mencatu dua bahan utama itu untuk meneruskan kehidupan.
Apa-apa pun, sila berhemahlah dalam berbelanja.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya