“Jangan Bising, Ada Raksasa Sensitif Bunyi!,” Quite Place Part 2 Sekali Lagi Akan Buat Anda Tak Senang Duduk

Share

Selepas sukses dengan naskhah pertamanya, filem seram, Quite Place Part II dijangka bakal menemui penonton Mac depan apabila trailer rasminya sudah pun dilancarkan pada 1 Januari lalu.

Mendapat reaksi positif dari pencinta filem seluruh dunia, rata-ratanya tidak sabar untuk menyaksikan apakah kejutan serta debaran yang akan disajikan menerusi filem sequelnya.

Quiet Place Part II masih menampilkan beberapa karakter asal dari filem pertamanya seperti Evelyn Abbott lakonan Emely Blunt, Marcus Abbott (Noah Jupe) dan Regan Abbott (Millicent Simmonds) selain beberapa watak baru lainnya.

Sebelum ini, A Quiet Place berjaya melakar sukses tersendiri apabila meraih kutipan box-office mencecah US$340 juta.

Filem arahan John Krasinski ini mengisahkan ketabahan serta kekuatan sebuah keluarga yang telah terisolasi gara-gara terpaksa hidup dalam kesunyian.

Ia berikutan wujudnya makhluk ganas yang amat sensitif terhadap bunyi-bunyian, sekali gus memburu mangsa.

IKLAN