“Jangan Bagi Orang Gaji Buat, Usah Control Suami,”- Pesan Ibu Segar Diingatan Nora Ariffin

Share

Penyanyi Nora Ariffin ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram. Foto yang dirakam bersama ibu tercinta itu turut disusuli dengan kapsyen berupa nasihat.

Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Dipersimpangan Dilema itu merakam panduan dari si ibu untuk menjadi seorang isteri yang baik.

“Bersama satu-satunya ibu tercinta. Diantara nasihat yg sentiasa dipegang utk menjadi isteri yg baik.

“Ma selalu pesan, nak jadi isteri yg baik kena jaga makan pakai suami, jgn bagi org gaji yg buat, taat pada suami, patuhi hak dia & jangan terlalu control suami.

“In Shaa Allah suami tak akan cari lain.,” tulisnya.

Semoga perkongsian Nora ini dapat dijadikan panduan hidup buat semua isteri di luar sana.

Terdahulu arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mac 2017 akibat serangan sakit jantung.

Foto : Instagram Nora Ariffin

IKLAN