Categories: Berita

“Jangan Ambil Kesempatan Di Atas Nama Aafiyah,” – Tok Ti Mohon Peminat Tak Terperdaya, Tegas Anak Tiada Akuan IG!

Share

Menegaskan permata hatinya, Siti Aafiyah tidak pernah memiliki sebarang akaun Instagram, Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon agar peminat tidak terperdaya dengan taktik penipuan yang digunakan sesetengah pihak yang promosi perniagaan.

Penyanyi nombor satu negara ini turut berkongsi foto menunjukkan akaun yang menggunakan nama anaknya dan ia mempunyai lebih 200,000 pengikut.

Terlalu banyak akaun yang menggunakan nama anak saya, Siti Aafiyah, saya juga mendapat aduan daripada peminat-peminat saya yang prihatin apabila instagram yang menggunakan nama Aafiyah digunakan untuk perniagaan pelbagai barangan dan sebagainya.

“Gambar di atas adalah salah satu akaun yang menjual produk menggunakan akaun bernama Aafiyah dan produk tersebut bukan daripada perniagaan saya.

"Saya sangat bermohon agar jangan mengambil kesempatan di atas nama Aafiyah apatah lagi terdapat beratus-ratus akaun di atas nama Aafiyah.

“Saya di sini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Aafiyah TIDAK MEMPUNYAI AKAUN INSTAGRAM dan saya berharap anda tidak terpedaya jika ada yang menyamar atau menjual produk bukan dari perniagaan saya ataupun menggunakan akaun tersebut untuk tujuan-tujuan tidak baik.

"Berniagalah dengan jujur dan jangan menyalahgunakan nama Aafiyah,” ulasnya.

Sementara itu, peminat turut memberikan pelbagai reaksi di atas kenyataan tersebut.



Foto : Instagram DS Siti Nurhaliza

IKLAN