“Jamu Makanan Melayu & Buah Durian,” – ‘Sporting’ Tok Ti Terima Kunjungan Peminat Dari Portugal, Siap Makan Sekali!

Share

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi beberapa keping fotonya bersama satu keluarga dari Portugal, yang juga merupakan peminat setianya.

Sanggup turun ke Singapura bagi menonton persembahan penyanyi lagu Anta Permana itu di Konsert Karya Agung Pak Ngah, Siti turut menerima tetamu berkenaan untuk sama-sama isi masa dan menjamu selera di kediamannya.

“Alhamdullillah, kunjungan istimewa peminat saya dari Portugal. Jauh datangnya untuk menonton konsert #karyaagungpakngah2019 di Singapura baru-baru ini.

”Anaknya juga pandai menyanyikan lagu ciptaan arwah Pak Ngah seperti Nirmala & Kurik Kundi.

“Lagu Bukan cinta biasa & jerat percintaan pun boleh juga,” tulis Siti.

Pada masa sama, Siti yang mesra dipanggil Tok Ti ini juga merakamkan rasa terharu dengan usaha yang diberikan para peminatnya.

”Saya sangat terharu dengan usaha & minat mereka kepada lagu2 saya.. sempat saya jamu mereka dengan makanan melayu & buah durian! Suka betul mereka makan.

”Terima kasih Rui Patricio & family. Saya sangat hargai. Nanti saya kongsikan video nyanyian anaknya & aafiyah menari di youtube chanel saya ye,” maklum Tok Ti di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

IKLAN