“Jam Sama Bukan Maksud Hubby Kamu,”- Joy Revfa

Share

Usahawan kosmetik, Joy Revfa ada memuat naik beberapa keping gambar di Instagramnya.

Foto tersebut disertakan kapsyen dirinya yang menolak dab tidak mahu dilabel sebagai ‘perampas’ suami orang.

“Gagal dlm kisah cinta yang lepas bukan akhir dari segalanya, malah ianya adalah hikmah awal kisah cinta yang baru..

🥰#revza .

“(jam nmpk mcm sama bukan bmaksud hubby kamu ya.. tenang aja 😅) #bukansuamiorang,” tulis Joy sambil menikmati makan malam bersama.

Gambar tersebut melihatkan Joy bersama teman istimewanya sedang menikmati makan malam bersama di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Joy atau nama penuhnya Siti Arifah Mohd Amin tidak mahu mendedahkan wajah si jejaka berkenaan.

Untuk rekod, Joy pernah berkahwin dengan komposer,Hafiz Hamidun pada Mei 2017 dan bercerai pada Oktober tahun sama.

Joy juga mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Foto: IG Joy

IKLAN