Pernahkah korang mengalami kesukaran menggunakan perkhidmatan pesanan dan penghantaran di KFC mahu pun Pizza Hut sebelum ini?

Masalah ini mungkin terjadi akibat permintaan yang terlalu tinggi, hingga menyebabkan ia lambat dan sebagainya.

Tetapi kini tidak lagi apabila QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali rangkaian restoran terbesar di rantau ini, dengan lebih daripada 1080 restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia mengumumkan kerjasama bersama Foodpanda selaku penyedia perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan terkemuka negara ini.

Jalin Kerjasama Bersama Foodpanda, Delivery KFC & Pizza Hut Kini Lebih Mudah, Sampai On Time!

IKLAN

Pengerusi QSR Brands, Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil berkata, inisiatif kerjasama bersama Foodpanda ini bakal melengkapkan perkhidmatan penghantaran KFC dan Pizza Hut di negara ini kepada kira-kira 480 menjelang akhir tahun 2018.

“Jalinan kerjasama dengan Foodpanda merupakan sebuah langkah progresif bagi memperluaskan jaringan kami melalui usaha mempertingkat perkhidmatan penghantaran kedua-dua jenama iaitu KFC dan Pizza Hut,” katanya ketika berucap di majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di Restoran KFC, The Curve.

Memorandum Perjanjian itu telah dimaterai menerusi pertukaran dokumen di antara Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif Restoran, QSR Brands dan Sayantan Das, Pengarah Urusan, Foodpanda Malaysia.

IKLAN

MH turut bepeluang menghadiri usahasama berkenaan.

IKLAN

Sementara itu, pelanggan boleh membuat pesanan penghantaran melalui saluran KFC, Pizza Hut serta di platform Foodpanda yang akan dilancarkan secara berperingkat mulai September ini di kawasan Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Jalin Kerjasama Bersama Foodpanda, Delivery KFC & Pizza Hut Kini Lebih Mudah, Sampai On Time!

Wah, lagi mudahlah kita nak pesan KFC atau Pizza Hut lepas ni! Hanya beberapa ‘klik’, pesanan akan tiba di pintu rumah masing-masing. Mudah bukan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI