Jalani Rawatan & Kuarantin COVID-19 Di Hospital Sungai Buloh,- “Esok Second Swab Test, Harap-Harap Negatif,” – Puteri Aishah

Share

Pelakon Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19 minggu lalu sebaik pulang menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland pada 31 Mac lalu ada berkongsi pengalamannya saat melakukan ujian saringan berkenaan secara pandu lalu.

Video yang dikongsikan bintang filem Pulang ini nyata mendapat perhatian para peminat dan rakan artis.

“Ni masa first swab test. Result positive.. esok second swab test.

“Harap2 negative.Aamin #icanfightthis  P.s: I was nervous the whole time,” tulis peserta Dewi Remaja sezaman Mawar Rashid ini.

Puteri Aishah kini menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Serentak dengan perkongsian itu, ramai yang turut mendoakan agar semuanya dipermudahkan buatnya.

Foto: Instagram Puteri Aishah

IKLAN