“Jaga-Jaga Boh,” – Meganya! Polis Evo 2 Kini Cecah Kutipan RM20 Juta, Ini Reaksi Teraju Utama, Zizan Razak

Share

“Jaga-Jaga Boh,” – Meganya! Polis Evo 2 Kini Cecah Kutipan RM20 Juta, Ini Reaksi Teraju Utama, Zizan Razak

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak meluahkan rasa kesyukuran apabila kutipan filem lakonannya, Polis Evo 2 kini mencecah RM20 juta.

Dia juga sempat berterima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong filem tersebut.

“Alhamdulillah, hasil sokongan anda semua , PE2 telah meraih kutipan RM20 juta dalam tempoh 17 hari.

“Terima kasih boh! Jom kita ke balai pawagam yang berdekatan semarakkan semangat #PE2. Jaga-jaga boh,” tulisnya.

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mengucapkan tahniah dah berharap agar filem itu dapat memotong kutipan filem Hantu Kak Limah dan Munafik 2.

Polis Evo 2 sudah berada di pawagam sejak November lalu dan kini turut ditayangkan di Singapura dan Brunei.

Foto/Instagram: Zizan Razak

IKLAN